Skip to main content

Posts

Pengerusi MARA - Saya DiRehatkan ... Bukan Digantung ... TS Annuar Musa

Recent posts

Ahli Parlimen DAP Kutip Fakta Tepi Jalan - Rahman Dahlan

“Semua Yang Berhormat boleh tanya soalan, kalau YB ini boleh baca, baca juga dalam laman web Petronas, tak adalah keluar kenyataan yang ‘low standard’, fakta semua berterabur, ini yang membimbangkan kita, kenyataan ini akan menyebabkan pelabur di luar negara rasa kita ni paria. “Saya minta tanya soalan yang berkualiti jangan kutip cerita dari Sarawak Report dan Wall Street Journal,” kata Abdul Rahman ketika menjawab pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin. https://www.youtube.com/watch?v=TYgekCwtN2Y&feature=youtu.be

MYANMAR PERLU DISIASAT MELAKUKAN JENAYAH KEMANUSIAAN

Pengumuman kerajaan  Myanmar pada 16hb Februari 2017 yang lalu bahawa operasi tentera selama 4 bulan atas nama operasi menghapuskan gerakan pemberontakkan  ( counter insurgency operation) telah dihentikan di negeri Rakhine , tidak bermakna masyarakat Rohingya  tidak akan ditindas lagi. Dasar menindas, mendiskriminasi dan mengahpuskan etnik Rohingya di negeri Rakhine maseh berterusan dan akan dilanjutkan sehingga tidak ada lagi etnik Rohingya ujud di negeri tersebut. Menghentikan operasi itu bagi kami hanya satu fasa sahaja. Operasi tentera sudah kerap dilakukan atas nama keselamatan dan etnik Rohingya dijadi sasaran untuk diusir dan dibunuh. Ditangan Tentera , bergelumang dengan darah masyarakat civil Rohingya yang tidak berdosa. Tentera telah melakukan jenayah dengan kes merogol, penyiksaan , penangkapan secara berwewenangan , pembakaran rumah kediaman  dan pelbagai keganasan ke atas Rohingya Muslim sepanjang operasi. Operasi tentera Myanmar tersebut lebih terserlah sebagai operasi pemb…

Myanmar akan dipertanggungjawabkan melakukan jenayah kemanusiaan ( crimes against humanity )

Food Flotilla for Myanmar (FFFM) membawa mesej sangat besar untuk menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya oleh pihak berkuasa dan puak nasionalis Buddhis Myanmar.
Membawa barang kemanusiaan dalam flotilla adalah sebahgian dari mesej untuk memberitahu dunia bahawa Myanmar harus bertanggungjawab terhadap pelarian yang dipaksa menderita dan mencari perlindungan di Negara jiran seperti Bangladesh.

Bangladesh kini menanggung beban menerima lebih 500,000 pelarian Rohingya dari Myanmar sejak 1991, malah lebih awal lagi dari itu iaitu sejak 1982 apabila Rohingya digugurkan dari kerakyatan Burma. Kini sejak insiden 9 hb Oktober 2016 , hampir 70,000 pelarian Rohingya yang baru dari Maungdaw Myanmar melarikan diri ke Teknaf di Bangladesh.
Mesej utama dari inisiatif Flotilla ini adalah Myanmar akan terpaksa mengambil perhatian kepada desakan dunia. Malaysia mengambil tindakan untuk menghantar bantuan dengan Flotilla kerana Myanmar melakukan penindasan berterusan dan membebankan dunia dengan …

Parti Bunga Raya Bakal Menjadi Perhiasan Atau Menjadi Pagar Sahaja

Mereka ingat parti politik ni macam parti harijadi agak nya...tiup tiup belon ,nyanyi ,potong kek. cuba tanya mereka yang kehulu hilir lawan Atok M... dulu macam mana nak berparti tanpa kuasa. Harap harap untung tender Masa ada KUASA yang diberi kepada keroni dulu banyak lagi ke... , Tak baik lah simpan duit untuk anak cucu makan.... 

Pandangan saya dalam penubuhan parti Melayu sekarang dah sama taraf dengan orang-orang India.. kalah jawatan.. atau kena pecat.. atau nak jadi Presiden parti.. tubuh parti.. akhirnya orang India dah jadi rakyat kelas tiga kerana perpecahan sesama mereka. Melayu pun insyaallah dalam jangkan 10 ke 15 tahun lagi akan sama dengan orang India.. akan jadi kelas 3.. macam gerabak keretapi.. Orang lain duduk kelas 1 dan 2. Nak salahkan siapa?



Yang tidak bersangkut atau TIDAK ADA KENA MENGENA  dengan UMNO... ,Tak Pernah UMNO Tolong sebesar zarah pun -mereka yang lahir di London... Sekolah London, kerja London...

Kalau yang lahir Hospital Kerajaan Malaysia BN ,Sekola…

1MDB - Tiada Siapa Yang Patut Terburu-Buru Menghakimi Sebelum Tuduhan Terbukti Di Mahkamah

Tak perlu media Malaysia nak keluarkan berita DoJ US fasal berita pembekuan harta mereka yang songlap duit IMDB.. sebabnya mereka lebih percaya dengan berita luar negeri.. Maka bacalah berita portal dan media dari luar negeri.. Lainlah Malaysia tutup semua saluran internet dan media antarabangsa melaporkannya. Kerana mereka nak cari berita yang mana Najib Razak akan di ektradisi ke US.. mana nak ada berita itu.

“Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah. Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan,” kata Salleh.

 Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi terbesar AS membabitkan negara luar. Permohonan saman itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, nama yang sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengeluarkan …

Isteri Tun M sedih Kepada Najib, UMNO Hina Dr Mahathir ???

Tun Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih kononnya PM sedang menghina Tun Dr M. Setelah membaca apa yang diperkatakan Tun Siti , timbul persoalan dalam benak fikiran saya, tahukah Tun Siti apa yang dilakukan dan diperkatakan suaminya terhadap PM selama ini ? Atau beliau termasuk dalam golongan melayu mudah lupa ? Tun Siti membangkitkan soal hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarga beliau dan keluarga PM. Tapi apa yang dilakukan oleh Tun M selama ini adakah ianya menunjukkan sifat seseorang yang mempunya hubungan silaturahim yang erat? Tun M bukan saja menyerang Najib secara peribadi malah turut mengheret isteri dan anak-anak. Malah tanpa mempedulikan kedudukan beliau sebagai seorang negarawan, Tun M juga turut mengitar semula fitnah-fitnah pembangkang terhadap PM dan isteri. Antaranya kes pembunuhan warga Momgolia dan pembelian cincin. Sedangkan sebelum itu Tun M sendiri yang mengetahui itu semua fitnah. Tun M dalam satu majlis di Pa…