Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan'

Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim.  Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar.  Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir.  Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan.  Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara.  Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air.  Perlu diinga

TEKS UCAPAN PENUH PRESIDEN UMNO PADA PERHIMPUNAN AGUNG YANG KE-64

https://www.youtube.com/watch?v=h-vRdDSGTEA BERIKUT  adalah teks ucapan penuh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno Yang Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Khamis, 5 Disember 2013; MUKADIMAH: Dengan menyebut kalimah Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 1. Mendahului segalanya, Saya ingin membaca sepotong ayat dan memetik mafhum firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, daripada surah Al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4: “BismillahiRahmanirRahim ...Qul Huwallah Hu Ahad... Katalah wahai Muhammad, Dialah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan tempat berlindung, pada-Nya kita bermohon segala sesuatu, Allah Yang tidak beranak, tidak pula diperanakkan dan sesungguhnya Dia, tidak boleh disekutu mahupun disetarakan”. Selanjutnya, selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat pilihan yang menjadi ikutan juga suri tauladan sepanjang zaman. Saudara dan Saudari, Para pujangga pula berperi-peri bahawa: