Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Pemidato pembangkang, penglipor lara kian malap

PAS sedaya upaya mahu kurangkan majoriti BN. Semua tipu helah, fitnah dan kepetahan bercerita para penceramah penglipor lara digunakan untuk memukau warga Bagan Pinang. Dalam keghairah itu tingkah laku keterlaluan menyakitkan hati orang tempatan. Banyak yang disampaikan lebih kepada sensasi dan fakta ditambah-tambah.

Pembangkang cuba menggugat keselamatan Negara dengan memutarbelitkan banyak fakta untuk mengelirukan rakyat dan pada masa yang sama meletakkan semua..

KK Kesemua kesalahan di bahu kerajaan BN. Misalnya, kes kepala lembu dan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam berlaku di negeri di negeri pemerintahan PKR tetapi dua insiden itu dikaitkan dengan BN. Tan Sri Khalid Ibrahim yang patut bertanggungjawab atas dua insiden di Shah Alam itu dan tidak ada sebab pembangkan menudoh kerajaan BN. Kerajaan BN hanya campor tangan dan mengambil tindakan kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk sehingga berlaku pergaduhan kaum". katanya

'Silap besar jika perlekeh perpaduan' -Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Kita tidak boleh kompromi isu keselamatan dan perpaduaan, kerana itu kita ada akta khusus untuk menahan mereka yang gugat keselamatan Negara. Kita tidak boleh take for granted kepentingan perpaduan," katanya semasa berucap pada sambutan Aidilfitri bersama pendudok Taman Politeknik. 7.10.09

Calun BN DUN Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad ikral bela raayat

"Saya rayu dan harap penggundi Bagan Pinang pilih BN. Saya tidak akan hampakan mereka. Raayat Bagan Pinang kenal siapa saya . Kerja sebagai wakil rakyat bukan perkerjaan baru. Sudah 32 tahun saya hambakan diri kepada rakyat," katanya.

Orang Cina dan India perlu tolak PAS kerana ia parti pembohong

Lihat di Selangor, PAS, PKR dan DAP macam anjing dengan kucing. Mereka tidor sebantal untuk menjatuh UMNO walaupun mimpi lain-lain. Mereka sebenarnya tidak boleh dudok sebumbong apatah lagi tidor sebantal kerana prinsip perjuangan yang juh berbeza. PAS menolak berbincang dengan UMNO, parti yang seagam dan sebangsa tetapi bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam. Amat malang jika orang Cina dan India menyokong PAS Di DUN Bagan Pinang kerana parti itu tidak akan membawa apa-apa erti akan membawa apa-apa erti kepada mereka. PAS tidak mampu menyelesaikan masaalah orang Cina dan India di Bagan Pinang. PAS tidak boleh menandingi rekod perkhidmatan cemerlang BN kepada rakyat.

Al-kisah PAS, DAP, PKR parti caca merba

Sebenarnya sudah lama PAS membuangmatlamat utama perjuangan mereka. Kini tidak ada beza PAS, DAP dan PKR. Gerombolan parti pembangkang dikepalai Anwar Ibrahim, berjaya memperdaya pengundi Cina, India dan Melayu untuk tujuan matlamat politik sempit peribadi masing. Anwar bila berhadapan PAS tetap meneruskan dasar Islam dan hudud bila sahaja mempunyai kerusi majoriti di Parlimen. Sebaliknya ketika berhadapan dengan pengundi Cina dan India, Anwar akan bercakap mengikut kehendak kaum tersebut.

Calun BN Tan Sri Isa Samad bersama kumpulan Putri UMNO 8.10.09