Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai rombongan 14 Ahli Parlimen PR untuk menyerahkan usul tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, usul itu adalah mengikut Peraturan Meyuarat 18 (1) dan (2) yang berbunyi "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan raayat terhadap integriti kerajaan." "Kandungan usul ini antara lain menyatakan, pada pilihan raya umum ke 12 lalu, kita telah menyaksikan 'tsunami politik' dimana lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat," kata Dr Wan Azizah di Parlimen

"Apa yang lebih penting, saya mesti serahkan jawatan saya kepada Najib"

"Saya telah pun mencapai persepakatan dengan Najib iaitu dia tidak akan memimpin parti BN dan UMNO dalam pilihan raya akan datang iaitu ke pilihan raya ke 13"." Satu peralihan kuasa perlu diwujudkan dan sebagaimana yang dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) ia bermula dengan apa yang diumumkan hari ini iaitu serahkan jawatan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan saya pada pertengahan tahun 2010," katanya. "Saya sedikit sedih tentang hal ini tetapi saya merasakan ia satu pencapaian positif. Tindakan ini telah diterima baik kesemua lapisan pemimpin UMNO. Saya berpendapat bahawa peralihan kuasa mesti dilakukan dalam satu proses yang baik dan disenangi," ujarnya. "Tindakan saya wajar, sebelum ini pun saya telah mendapat perbagai pandangan termasuk menebus kembali kekalahan BN dalam pilihan raya lalu serta terus memimpin UMNO, Tetapi apa yang lebih penting saya mesti serahkan jawatan saya kepada Najib," ujarnya lagi. "Saya memilih beliau (

Najib terharu dinamakan sebagai penganti

"Bukan perkara mudah melepaskan jawatan tetapi ia dibuat demi menghormati pandangan umum. Saya amat terharu dan bertuah apabila Datuk Seri Abdullah beri kepercayaan kapada saya" katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan taklimat khas bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO di PWTC pada 10hb.07.08. Kerelaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada beliau pada pertengahan tahun 2010. "Proses kepimpinan boleh dibuat dengan cara baik tanpa membelakangkan tradisi atau sesuatu yang membawa kepada imej negatif kapada UMNO atau pengundi," katanya. "Dalam tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri akan tentukan peranan dan perancangan, saya tetap menganggap beliau sebagai ketua saya," katanya. "Saya minta supaya sokongan padu diberikan kepada pencalonan Perdana Menteri sebagai Presiden parti dan saya rayu supaya pelan peralihan i

Benar kah saudara anuar ibrahim

Mufti Perlis Dr mohd Asri Zainal Abidin meminta Anuar Ibrahim dan Saiful Bukhari bersumpah. "bermubahalah" tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Mereka hendak lah menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Saya (Anuar Anak lelaki kpd Ibrahim tidak melakukanya "Jika saya tidak Melakukannya, saya rasa bersyukur tetapi jika saya melakukannya maka saya rela di Laknat olih Allah subhanahuWataallah kepada saya".

Forum kontrak sosial

Peguam terkenal Tommy Thomas, sebagai panelis ketiga tidak bersetuju dengan kedua-dua panelis awal ini dan menjelaskan bahawa 'kontrak sosial' merupakan elemen penting (striking feature) dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan mencadangkan bahawa sejarah dikaji dengan perjalanan dan tafsiran yang betul. Peranan Raja Melayu dalam proses Kemerdekaan juga perlu diambil kira. Beliau menyanggah hujah bahawa UMNO dan perikatan bersama MCA dan MIC tidak mewakili aspirasi rakyat Malaya. Perikatan yang mendapat mandat 51 dan 52 kerusi dalam Pilihanraya Umum 1955 dan undi popular 80% merupakan manifestasi jelas bahawa kerjasama akrab tiga pihak ini membuahkan 'Kontrak Sosial' yang dipersetujui antara Tunku Abdul Rahman Putra, Dato Razak Hussein, Dato'Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato Panglima Bukit Gantang Hj. Wahab dengan Tan Cheng Lock, Col. H.S.Lee dan V.T. Sambathan. Katanya, Kontrak Sosial merupakan sesuatu yang benar dan penyelesaian kepada kemelut isu-isu tertentu setiap

Forum kontrak sosial

Bekas wakil rakyat DAP bagi Petaling Jaya, Dr Kua Kia Soong pula menegaskan bahawa " Ketuanan Melayu" merupakan imaginasi 'politikus yang mengambil kesempatan'. Pejuang Kemerdekaan sebenar merupakan golongan berhaluan kiri seperti Independent Malayan Party, Angkatan Pemuda Insaf dan Pengganas seperti Parti Komunis Malaya. Penulis buku Kontroversi 13 MEI 1969 itu berkata, British bersetuju memberikan Kemerdekaan Malaya kepada UMNO kerana UMNO Pro-British. Parti Perikatan di dakwa sebagai sesuatu yang di wujudkan British dalam agenda Neo Colonialist. Penyusunan semula masyarakat semasa darurat melalui sistem 'kampung baru' (new village) disifatkan Dr Kua sebagai 'kem tahanan' (concentration camps) dan merupakan agenda untuk menentukan orang keturunan Cina sentiasa dalam keadaan 'dikawal'. Dr Kua masih lagi mempertahankan bahawa UMNO merupakan golongan 'samseng' (hoodlums) dan peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 MEI 1969 merupakan angkara

Forum Kontrak Sosial 28.6.08

Seorang lagi panelis Dr Mavis Puthucheary menuduh UMNO tidak mendapat mandat rakyat seluruh negara untuk merundingkan 'Kontrak Sosial', yang beliau dakwa sebenarnya tidak wujud dan sengaja diada-adakan untuk menentukan kuasa Melayu pada UMNO terus releven. Beliau menuduh konsep 'kongsi Kuasa' yang diamalkan Kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional membatasi prinsip pemerintahan demokrasi. Oleh itu, 'kontrak Sosial' sebenarnya tidak wujud sama sekali. KESIMPULAN DAN REAKSI. Mereka membuat andaian UMNO terlalu memberi muka, sebab itulah yang berlaku hari ini. Mereka naik tocang. Bagai kaduk naik junjung. Atas dasar kebebasan bersuara dan kerajaan telus, agenda Malaysian Malaysia diketengahkan secara berani dan celupar. Dalam pilihan raya pre merdeka (1956) PERIKATAN menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan Majoriti yang dimenengi oleh UMNO, adalah lebih dari 2/3. Kalau UMNO hendak membolot semua kuasapun boleh tetapi UMNO tidak berbuat demikian. FIKIR_F

Forum Kontrak sosial

Kata Dr. Farish lagi, UMNO sengaja "Memomokan Orang Melayu bahawa mereka diancam". Walaupun pada ketika itu beberapa pemuda Melayu dari UMNO yang hadir bangkit, meminta laluan dan mencelah dan secara tegas menegur Dr. Farish yang dianggap keterlaluan dan ketelanjuran bahasa. Dr. Farish bagaimanapun tidak pula menarik balik atau meminta maaf. Dr Farish menuduh kerakyatan warga Malaysia dan konsep sistem politik Malaysia ditubuhkan secara "maya". Atas alasan itu, 'Kontrak Sosial boleh diubah semula'. Dr Farish berkata sistem politik Malaysia adalah berdasarkan menjaga kepentingan Melayu dan sebagai 'pemerintahan berpuak'. KESIMPULAN DAN REAKSI . Kepada Dr Farish, dia Melayu yang konon-kononnya pandai. Berkerja di Singapura dan menganggap kononya merekalah yang paling pandai dalam dunia ni. Bagi mereka Melayu di Malaysia amat memalukan Melayu di Singapura. Tetapi mereka buta mata dan tidak melihat penindasan kerajaan Singapura terhadap Melayu kelas per

Forum Kontrak Sosial

Forum Kontrak Sosial Anjuran Majlis Peguam Di Auditorium Majlis Peguam, Sabtu 28hb. 06.2008 1. Banyak tafsiran sempit dan fakta sengaja dimanipulasi. 2. Penganalisa Politik Dr. Farish A. Noor, kini Fellow Kanan, Fakulti Sains Politik, Universiti Nanyang Singapura Memulakan serangan menghina UMNO dengan berkata UMNO berterusan mengamalkan politik "Memberi perlindungan kepada Orang Melayu seolah olah Orang Melayu ini binatang, yang sentiasa memerlukan perlindungan. Binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing perlu dilindungi dan akhirnya akan disembelih..."