Peguam terkenal Tommy Thomas, sebagai panelis ketiga tidak bersetuju dengan kedua-dua panelis awal ini dan menjelaskan bahawa 'kontrak sosial' merupakan elemen penting (striking feature) dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan mencadangkan bahawa sejarah dikaji dengan perjalanan dan tafsiran yang betul. Peranan Raja Melayu dalam proses Kemerdekaan juga perlu diambil kira. Beliau menyanggah hujah bahawa UMNO dan perikatan bersama MCA
dan MIC tidak mewakili aspirasi rakyat Malaya. Perikatan yang mendapat mandat 51 dan 52 kerusi dalam Pilihanraya Umum 1955 dan undi popular 80% merupakan manifestasi jelas bahawa kerjasama akrab tiga pihak ini membuahkan 'Kontrak Sosial' yang dipersetujui antara Tunku Abdul Rahman Putra, Dato Razak Hussein, Dato'Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato Panglima Bukit Gantang Hj. Wahab dengan Tan Cheng Lock, Col. H.S.Lee dan V.T. Sambathan. Katanya, Kontrak Sosial merupakan sesuatu yang benar dan penyelesaian kepada kemelut isu-isu tertentu setiap kaum, yang diterima British sebelum Kemerdekaan dicapai, termasuk soal kerakyatan kaum imigran. Proses untuk mengesahkan kerakyatan juga dipermudahkan. 'Roh Kontrak Sosial' wujud dalam Perlembagaan Tanah Melayu merangkumi keperluan orang Melayu tidak diabaikan, tiada penindasan kaum, tiada pemecahan negara (partition) dan sebagai balasan, orang Melayu meminta Bukan Melayu memberikan taat setia tidak berbealah bagi kepada Negara'. KESIMPULAN DAN REAKSI: Jelas sekali dalam forum ini ada Majlis Peguam sengaja membenarkan fakta dan sejarah diputar belitkan dengan memberikan tafsiran sempit, menurut kepentingan politik dan aspirasi mereka. Kumpulan ini menentang DEB dan mahukan konsep "Malaysia, Malaysia" menjadi teras utama program pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan, sebagaimana yang mula mula diketengahkan PAP dan kemudian diteruskan DAP dan disambut pula oleh PKR dan NGO's dan Majlis Peguam. Ramai berpendapat, mereka ini adalah golongan yang melampau. Mengambil kesempatan bersuara atas nama kebebasan bersuara. Di Luar forum ada sekumpulan anak muda Melayu yang mencadangkan supaya ditubuhkan satu parti yang benar-benar bersifat perkauman yang berpaksikan Melayu agar mereka yang bersuara di dalam forum ini faham apa sebenarnya rupa wajah parti yang bersifat perkauman seperti DAP.

Comments