Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Makin Lama Hidup Dalam Pembohongan Makin Nyanyok La Nik aziz Nik Ni.mp4

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaran mencontohi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sedia tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang Menteri Besar Kelantan tersebut sepatutnya mencontohi sikap Abdul Hadi yang mahu memberi ruang kepada golongan pelapis. Mengambil kira faktor kesihatan yang sering membelenggu Nik Abdul Aziz, maka adalah wajar untuk beliau memberi ruang kepada orang muda menerajui kerajaan Pas Kelantan pada masa hadapan. Nik Abdul Aziz boleh melantik anak beliau, Nik Abduh sebagai pengganti beliau mengambil kira kedudukannya sebagai Timbalan Pemuda Pas Pusat. Kesediaan Abdul Hadi untuk berundur amat tepat sekali dan tindakan tersebut sewajarnya dicontohi oleh Nik Abdul Aziz yang telah 22 tahun mengetuai kerajaan Pas Kelantan. Nik Abdul Aziz juga mungkin perlu mencontohi kepimpinan Rasulullah bukan sahaja dalam soal ibadat tetapi juga aspek pentadbiran. Begitu juga Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih sihat tet

Hishammudin Lancar-Skuad Sedia Gempur BN.

“Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya akan menghancurkan Negara kita dan Pemuda sudah melalui segala-galanya. Pemuda sebelum ini sudahpun melalui ujian-ujian getir, oleh itu Pemuda Sembrong memahami tugas dan tanggungjawab dan yang lebih penting menghadapi segala ujian yang akan kita hadapi hari ini. Ianya merupakan ujian yang bukan mudah untuk kita tangani. “Bergerak di atas bumi yang nyata, bergaya dalam keadaan kita susah, merancang dengan tepat kerana pihak musuh tidak akan memberi simpati kepada kita. Kalau mereka sanggup mengadaikan bangsanya sendiri, kalau mereka sanggup mengadaikan agamanya sendiri, kalau mereka tergamak melaga-lagakan kaum-kaum di Malaysia ini, kalau mereka sanggup menfitnah mereka yang seagama dan sebangsa dengannya, yang sanggup keluar Negara dan sanggup memburuk-burukkan Negara sendiri, mana mungkin mereka akan selamatkan Pergerakan Pemuda, manakan mereka ada simpati pada Wanita dan Barisan Nasional,” ujarnya lagi.

Hishammudin Lancar-Skuad Sedia Gempur BN.

Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Sembrong merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersedia untuk kekal bertanding di Parlimen Sembrong, sekaligus menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang menabur fitnah kononnya Hisham akan berpindah bertanding di Parlimen lain pada Pilihanraya Umum ke-13. Beliau meminta semua pihak khususnya pengundi-pengundi Si Sembrong agar tidak termakan dengan dahyah dan fitnah yang dilakukan semata-mata untuk memporak-perandakan BN di Parlimen Sembrong. “Kalau ada orang katakan yang saya akan bertanding di kawasan lain, jangan percaya. Inilah keluarga saya, inilah jentera saya, inilah yang akan bersama-sama saya bila Datuk Seri Najib mengumumkan Pilihanraya Umum ke-13 dan mereka inilah yang akan perang habis-habisan untuk mengangkat, menjulang dan memastikan calon-calon kita menang,” ujarnya ketika melancarkan jentera Gerak Gempur Pemuda BN Sembrong di Dewan Kejora, Taman Seri Lambak di sini. Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam u