Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Dakwaan dipaksa tandatangan akuan bersumpah kes liwat Anwar-Penjelasan penuh Muhamad Rahimi bekas setiusaha sulit Penasihat PKR

Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatangani ada melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Berikut adalah teks penuh penjelasan beliau yang dihantar menerusi e-mail kapada media. 1. Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap disidang media? kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka bolih buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Kalau saya diberi peluang pun saya tak akan ganggu, itu hak mereka untuk mengatakan apa yang mereka mahu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar, saya telah diganggu? Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku pada 6.10.2010. 2. Saya juga amat gembira dan berbangga, masih ada lagi pemimpin PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim yang benar-benar mendokong perjuangan parti. Zaid bersikap lebih terbuka dan menghormati undang-unda