Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

GAGAL JADI PM, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR

Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya. Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar. Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu. Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya. Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang meli

Red Bean Army Bakal Diabaikan Oleh DAP

Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri. Ada yang berlagak berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan macam-macam lagi. Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua mempunyai sifat dan sikap yang sama. Biarpun pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila diancam. Ancaman pula bukan sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri. Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi agar jangan mendedahkan rakan