Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Perkara -Perkara Yang Dilarang Dalam Waktu / Tempoh Pemilihan UMNO 2013

Calon-calon yang melanggar tataetika akan dikenakan tindakan tetapi laporan perlu dibuat secara jelas terhadap mereka.  Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Majmuddin Megat Khas berkata laporan yang jelas perlu dikemukakan bagi membolehkan Jawatankuasa Disiplin bertindak melakukan siasatan. "Kalau (calon) langgar etika, mesti ada laporan yang sah.  Kalau hanya cakap-cakap kedai kopi sahaja tak boleh, kena ada laporan yang tunjukkan bila, tarikh, masa dan di mana," katanya pada sidang media Pemilihan Umno 2013, di sini, Rabu. Megat Najmuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak dan calon tertentu yang didakwa berkempen secara persendirian dan juga di laman Facebook baru-baru ini.  Bagaimanapun katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan sama ada mengenai tataetika calon.  Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai dakwaan wujudnya calon proksi dalam pemilihan kali ini. "Sekiranya proksi jelas melanggar tata

Benarkah PAS Tidak Pernah Tabur Duit Masa PRU?

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak partiitu dalam PRU yang lalu.    Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.    Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara iniselain membawa perpecahan. Malah, sehingga kehari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.    Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT.  Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.    Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka.  Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut

Bantuan Untuk Bumiputera Tak Bercanggah Dengan 1Malaysia

Seperti yang dijangka, masyarakat Cina pasti akan mengkritik Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.  Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa pada hari ini, MCA sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun ‘berasimilasi’ dengan DAP.  Justeru, apabila kita menyebut masyarakat Cina, ia turut membawa makna pembangkang, iaitu DAP.   Secara dasarnya, masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera.  Bagi mereka, ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja.  Lebih dari itu, mereka menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja mereka.  Pendek kata, mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek mereka untuk diberi kepada bumiputera.  Tanpa mereka sedar, mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya sepert

Berunding Dengan PAS Lebih Untung Dari PKR

Tidak dapat dinafikan yang Anwar Ibrahim itu adalah seorang politikus yang cukup hebat sekali sesuai dengan gelaran yang diberikan oleh isterinya iaitu ‘Anugerah Tuhan’.    Suatu ketika dahulu kita terkejut juga dengan langkah yang diambilnya dalam menghadapi satu-satu isu terutama di dalam keadaan terdesak.    Namun, setelah mengenali beliau, tiada apa lagi yang dilakukannya yang dapat mengejutkan kita.    Malah, hari ini, ramai yang sudah mampu membaca gerak langkah beliau lebih awal lagi.  Bagaimanapun, langkah yang diambil Anwar kali ini cukup menarik iaitu cuba menggambarkan kepada dunia bahawa kerajaan BN atau Dato’ Seri Najib sedang menagih kerjasama dengannya atau dalam kata lain, ingin berdamai.    Untuk itu, semua bala tenteranya dikerahkan untuk menonjolkan senario yang sama iaitu Dato’ Seri Najib telah, melalui orang tengah, berbincang dengannya untuk membentuk satu macam kerjasama seperti kerajaan perpaduan.  Kononnya, Dato’ Seri Najib buntu dalam menangani tekanan dalam

Anthony Loke Masih Gagal Buktikan 500 Perwakilan DAP Tangani Surat

Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab.  Setakat ini, Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari tuduhan manipulasi dan menipu undi.  Guan Eng juga tidak mampu menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal.  Usaha terdesak setiausaha organisasinya, Anthony Loke, untuk memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa ‘ 500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis, sebenarnya telah menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir ’, tidak dapat diterima langsung.  Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut, kenapa pula mereka membuat aduan kepada ROS?   Dan jika benar surat itu wujud, kenapa Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat?   Logiknya, jika surat tersebut dikemukakan, tentu

Anjakan Besar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Lembaran Baru Perjuangan BN

http://youtu.be/F9yEkkVT2Z8  Intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi MARA hari ini. MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA - Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran - Mempergiatkan program latihan semula (reskilling) - Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil - Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan - Memperluaskan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT - Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham - Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA - Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia

Burukkan Negara Depan Pelabur: Bukti Lim Guan Eng Kurang Cerdik

Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri. Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia. Teapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini. Di dalam misi tersebut, Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan. Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang. Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak. Guan Eng bernafas dalam dendam kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap. Keadaan i

Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi. Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009. Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang ya

Ada Udang Disebalik Batu

Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata? Themistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal. Themistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka. Pengkhianat tersebut memberitahu tentera P

Tanda Putera: DAP Yang Kejam, Kenapa Semua Cina Harus Terasa?

Media berbahasa Cina terus menerus memainkan isu Tanda Putera walaupun ia telah pun ‘selamat’ ditayangkan. Takut sungguh puak-puak Cina ini sekiranya anak-anak mereka mempelajari sejarah tanah air. Takut sekali sekiranya anak-anak mereka melihat keangkuhan DAP membawa kepada kemusnahan. Justeru, berbagai-bagai komen dan kenyataan dibuat oleh media Cina untuk memastikan anak-anak mereka tidak menonton filem ini dan tidak mempercayai sejarah yang tertulis. Mereka menuduh filem ini sebagai membawa agenda politik UMNO untuk memburukkan DAP. China Press pula menulis bahawa filem ini tidak menjaga sensitiviti kaum Cina kerana menggambarkan kaum Cina kejam dan tidak patriotik sementara polis pula sebagai sabar dan pembela rakyat. Sebenarnya pihak yang

PEMBANGKANG GUNA ISU KUIL TIMBUL KETEGANGAN KAUM

Kejayaan Dap menggukuhkan kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk. Malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme. Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat dari kacamata perkauman oleh pembangkang. Setelah Dap mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius. Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar. Sekolah tidak lagi menjadi medan memberi pelajaran kepada anak-anak tanpa mengira bangsa atau

Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan semalam mengundang reaksi ‘panas’

Rakyat berpendapatan rendah dan luar bandar mungkin merasa gembira dengan pengumuman peningkatan BR1M, tetapi rakyat berpendapatan sederhana yang merupakan kumpulan paling ramai menggunakan RON95 tertanya-tanya apakah faedahnya untuk mereka. Ini menimbulkan persoalan sinis dan kritikal terhadap kerajaan kerana mereka tidak layak menerima BR1M serta tidak pula mampu menyertai ‘pesta ekonomi’ golongan berpendapatan tinggi.