Skip to main content

Benarkah PAS Tidak Pernah Tabur Duit Masa PRU?

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak partiitu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara iniselain membawa perpecahan.

Malah, sehingga kehari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT. 

Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka. 

Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.  

PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastikan pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya. 

Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelassekali. 

Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.  Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah diri nya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah. 

Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu? 


Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah.  Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun