Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

POST-MORTEM PEMBACA BLOG Kenapa BN kalah?

Calon perlu diterima rakyat, Kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu merupakan satu lagi tamparan kepada Barisan Nasional (BN) . Selepas mengalami kejutan pada pilihan raya umum Mac 2008, ini merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil selepas kecundang di Permatang Pauh. Banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Kuala Terengganu. Salah satu dan tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dipinggirkan ialah soal calun. Ada banyak pendapat rakyat perlu pilih parti dan bukannya calon, Tetapi rasanya, zaman pilih parti dan ketepikan faktor calon sudah berlalu. Sebab itu dalam menghadapi pilihan raya, BN kena pastikan calon yang diletakkan benar-benar mempunyai kualiti pemimpin dan diterima oleh setiap ahli masyarakat. Faktor lain adalah: Tidak ada siapa akan memilih calon yang mereka tidak kenal untuk menjadi pemimpin. Apatah lagi jika calon itu tidak mesra dan jarang berada bersama mereka. Seorang pemimpin mesti diterima rakyat dan boleh berk

Belum terliwat untuk bangkit untuk memastikan menarik penyokong baru dengan menyakinkan mereka bahawa BN masih lagi relevan

Terlalu sukar untuk melihat ada kelompok orang muda mengibarkan bendera BN sama ada ketika menunggang motosikal atau memandu kenderaan, sebaliknya mereka lebih bangga mengibarkan bendera PAS atau PKR. Keadaan itu membuktikan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO negeri gagal mempengaruhi golongan muda untuk menyebelahi mereka. Kehadiran beberapa pemimpin kanan pemuda pusat sudah dianggap terlewat kerana kelemahan Pemuda di peringkat negeri. Jika Undi yang diperolihi Wan Ahmad Farid diambil kira ia jelas menunjukkan bahawa di Kuala Terengganu, penyokong setia BN tidak lari, sebaliknya BN hanya gagal mencari penyokong baru termasuklah meraih sokongan pengundi atas pagar serta gagal memujok penggundi di luar pulang menggundi.
Pembangkang mengeksploitasi sepenuhnya 'peluru' yang ditabur sendiri oleh pemimpin dan ahli UMNO di Terengganu, Istilah sombong yang dikaitkan dengan calon BN , Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh serta keluarga seolah-olah merobek sedikit demi sedikit kekuatan yang cuba dibina oleh orang parti sendiri. Ketika saya membuat liputan dalam pilihan raya, saya dapati adalah jelas isu sombong dan personaliti ini diperkatakan sendiri oleh rakan rakan dalam UMNO sendiri serta pihak Penceramah Pembnagkang setiap hari dan malam dan ia akhirnya merebak kepada raayat Terengganu.
Rakyat kuala Terengganu sudah pun membuat keputusan dan ketika ini perbagai pihak sedang membuat analisa mengenai keputusan pilihan Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen kawasan tersebut, yang memihak kepada Calun PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut pada 17hb.01.2009. Pelbagai analisa dibuat dan sudah tentulah yang akan turut diperkatakan, apakah betul Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Raayat (PKR), DAP dan PAS benar-benar kuat sehingga mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya kecil sebelum ini ketika Pilihan Raya Umum menafikan penguasaan dua pertiga kerusi Dewan Raayat. Ini sudah tentulah akan memungkinkan pembangkang mendabik dada bahawa mereka kini merupakan barisan alternatif kepada raayat biarpun ideologi antara mereka amat berbeza. Tetapi jika dikaji, kejayaan pembangkang bukanlah benar-benar tulen bahawa mereka semakin diterima oleh rakyat atau satu barisan yang kuat. Sebaliknya mereka mendapat untung kerana kelemahan BN sendiri sama ada akibat ma