Belum terliwat untuk bangkit untuk memastikan menarik penyokong baru dengan menyakinkan mereka bahawa BN masih lagi relevan
Terlalu sukar untuk melihat ada kelompok orang muda mengibarkan bendera BN sama ada ketika menunggang motosikal atau memandu kenderaan, sebaliknya mereka lebih bangga mengibarkan bendera PAS atau PKR. Keadaan itu membuktikan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO negeri gagal mempengaruhi golongan muda untuk menyebelahi mereka. Kehadiran beberapa pemimpin kanan pemuda pusat sudah dianggap terlewat kerana kelemahan Pemuda di peringkat negeri. Jika Undi yang diperolihi Wan Ahmad Farid diambil kira ia jelas menunjukkan bahawa di Kuala Terengganu, penyokong setia BN tidak lari, sebaliknya BN hanya gagal mencari penyokong baru termasuklah meraih sokongan pengundi atas pagar serta gagal memujok penggundi di luar pulang menggundi.
Comments