Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Azizan MB Yang Tidak Tahu Apa-apa

Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai, suka berjenaka dan bersih. Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh, ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi. Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi. Bagaimanapun, Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah. Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan ‘kehilangan arah’ akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku. Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah. Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal. Audit mendapa

PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR

Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu. Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu. Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin. Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu. Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor. Kini nasib orang Melayu di t

PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA

Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet. Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014. Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang. Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius. Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi. Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang

ANWAR GUNA NGO TUNTUT HAPUS HAK ISTIMEWA MELAYU

Agenda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 apabila pelbagai desakan dan tuntutan dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan minoriti sebagai pertukaran undi kepada Pakatan Rakyat. Terbaru kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sahabat Suaram Johor dan Hindraf Makkal Sakti telah merangka tuntutan kepada Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Tuntutan Johor. Secara ringkasnya jika Anwar dan pemimpin pembangkang menyetujui untuk mendokong tuntutan kumpulan tersebut, mereka menjanjikan undi untuk blok Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya kelak. Antara desakan yang paling menonjol di dalam Tuntutan Johor ialah desakan memansuhkan Artikle 153 Perlembagaan Persekutuan, dasar pro-Bumiputera, kuota Bumiputera serta Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996. Hujah mereka ialah dengan pemansuhan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu-Bumiputera maka akan mudah untuk mencapai perpaduan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara. Suara-suara su

Negara Sekular Hanya Taktik DAP Untuk Pecahkan Umat Islam

Tindakan DAP yang beria-ia menafikan negara ini sebagai Negara Islam sudah cukup untuk membuktikan sifat anti-Islam/Melayu yang menjadi ‘darah daging’ parti tersebut. Tidak ada parti-parti yang mewakili kaum bukan Melayu di Malaysia yang menjadikan konsep pentadbiran negara ini iaitu sama ada sekular atau Islam, sebagai satu isu besar sepertimana DAP. Hujah DAP adalah berdasarkan kenyataan lisan yang dibuat oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama bahawa Malaysia adalah Negara Sekular dan bukan Negara Islam. Ini dibuktikan dengan laporan The Star pada 9 Februari 1983 iaitu pada ulangtahun bekas Perdana Menteri itu yang ke-80, yang menyatakan “Jangan jadikan Malaysia negara Islam.” Menurut Kit Siang, pada Februari 13, tahun yang sama, bekas Perdana Menteri yang ke-3, Tun Hussein Onn pula menyatakan bahawa beliau menyokong pendirian Tunku yang menolak negara Islam. Jika kenyataan lisan bekas Perdana Menteri pertama diangkat sebagai satu peng

Kit Siang Perjuang Negara Sekular, PAS Bagaimana?

Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilemma. Konon, Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular. Namun, Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam. Justeru, jika kenyataan seorang Perdana Menteri perlu diambil kira, kenapakah kenyataan tiga Perdana Menteri lain perlu ditolak? Lagipun, apakah sesebuah konsep pentadbiran itu boleh dijelaskan dengan hanya satu kenyataan? Sedangkan, yang lebih penting dalam menerangkan konsep pentadbiran adalah dengan melihat kepada perlembagaan serta landskap kehidupan masyarakat secara keseluruhan. Malaysia adalah Negara Islam berdasarkan hakikat ianya diperintah oleh pemimpin Islam yang tidak menyeru kepada maksiat dan perlembagaan yang tegas

Air Atau Lebuhraya, Mana Lebih Penting?

Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan. Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat. Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun lepas lagi, namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan. Kebetulannya tika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung pada November 2011. Hampir setahun berlalu, tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012. Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelan tan, Nik Aziz Nik Mat. Sekali lagi kebetulannya, majlis pecah tanah tersebut

Fuziah Penipu: Strategi Awal Untuk Tolak Keputusan PRU

Kalau tidak menipu, bukan Pakatan Rakyatlah namanya. Hidup mati PR sememangnya bergantung kepada sehebat mana mereka menipu rakyat dengan menjual fitnah dan janji-janji kosong. Setakat ini, beberapa rangkaian PR telah beberapa kali kantoi menipu antaranya SUARAM dan BERSIH. Penipuan SUARAM telah memaksa Cynthia Gabriel menelan kembali kahak hijau pekatnya dan menafikan adanya perbicaraan kes pembelian scorpene dan mengakui bahawa kisah sapina yang digembar-gemburkannya hanyalah pembohongan. BERSIH pula telah membodohkan diri sendiri apabila si paria Ambiga Sreenavesan begitu teruja ingin mengampu Mat Salleh, mengkhianati negara sendiri dan menjual maruah diri dengan menyembah Australia memohon agar negara itu ‘menjajah’ Malaysia secara tak langsung, melalui campurtangan dalam proses PRU. Australia bagaimanapun menolak permintaan Ambiga atas alasan permohonan tersebut dibuat berdasarkan dakwaan yang tidak berasas setelah dibandingkan dengan fakta dan angka PRU yang lalu.

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS. Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri. Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah. Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd ta

Terbukti Guan Eng Abai Perumahan Bumiputera

Setelah Laporan Audit dibentangkan, Lim Guan Eng, Ketua Menteri tidak lagi boleh berdolak dalih kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap perkauman dan meminggirkan bangsa Melayu yang mewakili majoriti berpendapatan sederhana, rendah dan miskin di negeri itu. Terdedah kini, sejumlah RM33.36 juta Akaun Amanah Perumahan Bumiputera telah tidak dibelanja. Jumlah ini adalah bersamaan dengan peningkatan 58% dari tahun sebelumnya iaitu RM21.11 juta. Tindakan Guan Eng untuk ‘menyimpan’ peruntukan tersebut menunjukkan yang beliau begitu tega mempertahankan prinsip perkauman partinya. Sedangkan, di masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang begitu giat membina dan merancang berbagai pembangunan lain. Bumiputera di Pulau Pinang seharusnya mengambil laporan ini secara serius kerana ia melibatkan survival bangsa di negeri tersebut secara keseluruhan dan jangka panjang. Apakah kita sanggup melihat satu lagi negeri kita menjadi milik orang? Walaupun DAP adalah parti politik di dal

Nik Aziz Mahu Jadi Mursyidul Am PAS Sampai Mati

Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu. Serentak dengan itu juga, Hasan menobatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam. Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas. Nik Abduh, yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS. Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya menerajui PAS, sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendir

Audit 2011: Banyak Aktiviti Salah Tadbir Di Pulau Pinang

DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%. Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah. Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu. Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang. Antara

Pemimpin PAS Mahu Nik Aziz Segera Berundur

Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan. Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat. Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ? "Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat." Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sem

Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan Terbongkar

"Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UUMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan). Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal, warga emas berusia 61 dari Gua Musang, Kelantan. Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat, sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat. Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pen

Bajet 2013, Kelantan Cuba Tipu Rakyat Setelah Pendapatan Merudum

Barangkali nama Exco kanan kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa tentunya akan tercatat dalam sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang untuk berabad lamanya sebagai satu-satunya pemimpin negeri yang paling tersohor kerana kemahirannya menghiburkan rakyat jelata dengan seni silap mata. Naib Presiden PAS itu memang wajar dikenang dan diingati khalayak, bukan kerana begitu besar jasa atau khidmat baktinya melata dirasai oleh rakyat jelata, tapi dek kerana uniknya cara Husam menonjolkan diri dan bijak memukau mata khalayak ramai. Tanpa idea unik Husam, tentu sahaja sampai kini rakyat Kelantan tak kesampaian untuk merasai kehebatan seni rekabentuk sebuah Lebuhraya Rakyat, Stadium indah berbentuk rebana di Pasir Putih serta kecanggihan keretapi laju yang sekelip mata berdesup pantas menjalar di atas landasan. Ya... kerana idea Husam, semua tiga pembangunan tercanggih di abad millenium ini kini menjadi realiti. Dengan hanya sesaat mata terpejam rapat, semuanya indah kelihatan dalam bayangan. Cuma

DEMI DAP NIK AZIZ SANGGUP PUTUS SAUDARA DENGAN UMNO

PAS mengatakan ikatannya dengan parti rasis Cina DAP adalah satu bentuk tahaluf siyasi iaitu kerjasama dalam landasan yang sama dalam perjuangan untuk mencapai satu tujuan politik. Dalam kerangka kerjasama PAS-DAP tahaluf siyasi mereka adalah penentangan terhadap Umno-Barisan Nasional dan menumbangkan kerajaan berteraskan kuasa Melayu yang sediada. PAS kini berbelah bagi kerana tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh pimpinan tertinggi parti itu semakin mendapat tentangan lapisan akar umbi. Walaupun secara zahir anggota PAS memilih untuk memendam rasa dan perasaan demi perpaduan parti tetapi seperti 'pressure cooker' ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletup dan menghemburkan keluar segala isi dan kotoran yang busuk. Hanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan kerjasama parti itu dengan DAP. Kenyataan beliau yang berkata parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP sekalipun demi mencapai kemenangannya dalam perjuang

Kerjasama Dengan DAP - PAS Untung-Menguntungkan PAS tidak bermakna ia menguntungkan Islam

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media pada 13 Oktober 2012 yang lalu mengakui hasil bersekedudukan dengan DAP telah memberi pelbagai keuntungan kepada PAS, antaranya termasuklah membolehkan PAS menguasai Perak. Beliau juga mengesahkan kejayaan PAS menawan Kedah dan Kelantan dalam PRU 12 yang lepas adalah berkat adanya kerjasama politik dengan DAP. Kelihatannya seperti Hadi memperakui tanpa bantuan DAP, PAS tidak mungkin menawan Kedah dan sukar untuk mengekalkan Kelantan. Jelas dari kenyataannya itu, Hadi memperakui hasil kerjasama dengan DAP hanya menguntungkan PAS dan tidak pula beliau menyatakan bahawa hasil kerjasama songsang itu telah memberi manfaat pada Islam dan umatnya atau sebaliknya. Menguntungkan PAS tidak bermakna ia menguntungkan Islam. Bukan begitu? Memang benar kata Hadi bahawa hasil hubungan terlarang parti pimpinannya dengan DAP telah memberi nikmat keuntungan duniawi buat memuaskan hati dan mengisi tembolok pemimpin PAS. Dari segi ke

Konsert Bersih Malapetaka Yang Tidak Diundang

Bertempat di Stadium Kelana Jaya, Sabtu lepas, NGO Bersih 2.0 telah mengadakan "Konsert Bersih 2.0 8T" sebagai usaha lanjutan untuk terus menyemarakkan kempen propaganda anti SPR. Simbol 8T merujuk secara langsung kepada lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh NGO tersebut. Menurut penganjur, konsert tersebut diadakan sebagai manifestasi kekecewaan konon kerana kesemua lapan tuntutan mereka gagal dipenuhi. Stadium ini secara rasminya memiliki tempat duduk berkapasiti 25,000 penonton dan jika kawasan padangnya diambil kira, secara umumnya dapat menampung sekitar 35,000 hingga 40,000 orang pada satu-satu masa. Dalam Konsert Bersih 2.0 8T itu, amat jelas kelihatan ruang kosong di atas padang dan bangku tempat duduk lebih banyak tak berpenghuni, menunjukkan betapa kurangnya sambutan orang ramai terhadap program sosial anjuran NGO Bersih 2.0 itu. Ada portal pro pembangkang yang mendakwa konsert tersebut telah dihadiri 700 orang, manakala portal lain pula menyatakan hanya 500

Kelakar: Kes Kapal Selam Dibicara Tanpa Ada Kes

Hari ini, SUARAM ‘ditampar’ lagi dengan berita penolakan mahkamah Perancis terhadap permohonan mereka untuk menjadi plaintif bagi dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene. Seperti yang diketahui, SUARAM, iaitu pertubuhan yang diterajui pemimpin-pemimpin pembangkang serta didalangi oleh Yahudi dan penyangak matawang telah membuat aduan kepada mahkamah Perancis bahawa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas dalam pembelian kapal selam scorpene. Dan mengikut undang-undang negara tersebut, semua aduan perlu diterima dan disiasat sewajarnya oleh hakim penyiasat. Sekiranya aduan tersebut didapati berasas, maka kes tersebut mungkin dibawa ke mahkamah. Dan hari ini, terdedah sudah bahawa mahkamah Perancis telah menolak permohonan SUARAM sejak dari awal lagi iaitu pada 13 Mac 2012. Ini bermakna, setelah membuat pertimbangan atas permohonan SUARAM, mahkamah mendapati bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dilayan. SUARAM bagaimanapun, me

MB Khalid Gagap Panik Air Empangan Selangor Kritikal

Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019. Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian selain turut memberi kesan buruk pada perkembangan ekonomi. Tambah melegakan khalayak umum bila mana pada pertengahan Julai tahun ini pula, Exco kanan kerajaan PKR Selangor, Ronnie Liu telah membuat lawatan ke empangan di seluruh Selangor dalam usahanya membuktikan negeri ini tidak berhadapan dengan sebarang risiko krisis air. Rata-ratanya takungan air di semua empangan dan sungai tika itu mencatatkan paras takungan 100% penuh, ada juga yang terlebih-lebih hingga air melimpah serta perlu dilepaskan ke sungai dan ada pula yang paling tidakpun takungan semasa air dalam empangan hampir penuh. Berd

Isu Tanah YBK: Percubaan Memperkasakan Cina Dan Mengenepikan Melayu

Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.  Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar. PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor.  PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.  Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang diadakan.  Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara