Skip to main content

Konsert Bersih Malapetaka Yang Tidak Diundang


Bertempat di Stadium Kelana Jaya, Sabtu lepas, NGO Bersih 2.0 telah mengadakan "Konsert Bersih 2.0 8T" sebagai usaha lanjutan untuk terus menyemarakkan kempen propaganda anti SPR. Simbol 8T merujuk secara langsung kepada lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh NGO tersebut. Menurut penganjur, konsert tersebut diadakan sebagai manifestasi kekecewaan konon kerana kesemua lapan tuntutan mereka gagal dipenuhi.

Stadium ini secara rasminya memiliki tempat duduk berkapasiti 25,000 penonton dan jika kawasan padangnya diambil kira, secara umumnya dapat menampung sekitar 35,000 hingga 40,000 orang pada satu-satu masa. Dalam Konsert Bersih 2.0 8T itu, amat jelas kelihatan ruang kosong di atas padang dan bangku tempat duduk lebih banyak tak berpenghuni, menunjukkan betapa kurangnya sambutan orang ramai terhadap program sosial anjuran NGO Bersih 2.0 itu.

Ada portal pro pembangkang yang mendakwa konsert tersebut telah dihadiri 700 orang, manakala portal lain pula menyatakan hanya 500 orang sahaja yang memeriahkan majlis tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan hasil culaan di lokasi, angka sebenar kehadiran orang ramai dalam konsert tak bermanfaat itu hakikatnya hanya sekitar 300 orang sahaja termasuklah kira-kira 100 orang petugas dan artis-artis yang terlibat.

Walaupun angkanya berbeza-beza tapi kesimpulannya sama, konsert tersebut tidak mendapat sambutan dan jumlah kehadiran pula sudah sahih di bawah angka seribu.   Sekalipun pemimpin utama NGO Bersih seperti Pengerusinya, Ambiga Sreveneesan dan A. Samad Said turut hadir memberi ucapan dan sokongan, manakala promosi pula telah dilakukan secara besar-besaran sejak dua minggu lalu, nampaknya ia tetap gagal menggamit perhatian ramai.

Nyata ia satu pencapaian yang agak mengecewakan penggerak NGO Bersih kerana jumlah kehadiran yang terlampau merosot berbanding kehadiran sekitar 4,000 orang semasa Sambutan Ambang Merdeka dan 25,000 orang semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0. Jelas sekali, apabila demonstrasi atau himpunan anjuran NGO proksi PR itu diadakan dijalanan terutama di kawasan tumpuan ramai, jumlah kehadiran penyokong kelihatan ramai bukanlah kerana pesertanya, tetapi disebabkan orang ramai yang lalu lalang termasuklah khalayak yang datang untuk sekadar memerhati keadaan.

Melihat pada kesuraman yang dialami program sosial Konsert Bersih 8T anjuran NGO Bersih ini, mahu tidak mahu, mereka perlu menerima hakikat, retorik perjuangan mereka sudah tidak dipedulikan oleh majoriti rakyat Malaysia. 

Program ini yang asalnya diramalkan oleh para pemimpin pembangkang dan penggerak NGO Bersih konon bakal menyemarakkan keraguan rakyat terhadap keadilan sistem pengurusan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR, kini sudah bertukar menjadi malapetaka membuktikan rakyat semakin jauh dari pembangkang dan NGO proksi mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun