Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009
Kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kaedah lompat parti dengan menggunakan pintu belakang. Cubaan Anwar ini menjadi Perdana Menteri ikut pintu belakang tidak demokratik, satu perbuatan diluar tabii. Kata YB Karpal Singh pula adalah satu perbuatan yang tak bermoral. Anwar tak layak jadi pemimpin, yang mengeluarkan kata-kata ini adalah bijak pandai yang mengenali siapa Anwar "sebenarnya". Layakkah pemimpin yang kes liwat dengan Saiful Bokhari masih di mahkamah tetapi masih tetap mahu jadi Perdana Menteri? Orang yang tidak bersalah tidak takut bersumpah biarpun menjujung AL-QURAN di dalam masjid seperti dilakukan oleh Saiful Bokhari yang mengaku diliwati oleh Anwar Ibrahim. Dato' Sri Najib berani bersumpah di hadapan orang ramai, Di Masjid dan di hadapan pemimpin tertinggi UMNO di PWTC yang beliau tidak mengenali Altantuya, kenapa Anwar tidak

Jangan jadikan perhimpunan haram sebagai budaya malaysia

Jika pihak berkuasa tidak melarang atau memberikan permit, barang kali dalam setahun berpuluh-puluh perhimpunan kita buat kerana sesuatu sebab yang sebenarnya boleh ditangani oleh pihak berkuasa dan undang-undang. Perhimpunan membantah dan menyokong akta keselamatan dalam negeri (ISA) yang dirancang pihak tertentu 1.8.09 ini adalah satu lagi siri perhimpunan yang awal lagi dilarang oleh pihak berkuasa. Agak malang jika perhimpunan haram disertai dengan kekecohan yang sudah tentu memburukkan keadaan. Urus niaga di beberapa tempat terhenti, orang ramai yang hendak ke tempat kerja atau ke mana-mana akan tersekat dan lebih buruk ialah apa pandangan orang asing terhadap negara kita. Tidak mustahil wartawan asing yang berada dinegara kita akan mengambil kesempatan menyebar siar beritanya dan dihebahkan di negara mereka sehingga boleh menjejaskan industri pelancungan.

Isu Beng Hock "Jangan Beremosi"

Budaya menyalahkan orang lain sebagai cara menutup kelemahan diri kini semakin menjadi-jadi di negara ini. Malah ia semakin membarah dalam landskap politik negara khususnya membabitkan pakatan parti pembangkang. Hampir setiap hari ada sahaja isu-isu besar mahupun remeh digunakan pembangkang meraih simpati selain memburuk-burukkan pemimpin kerajaan BN/UMNO. isu kematian Teoh Beng Hock di sensasikan, Perbagai tuduhan dan tomahan telah dilontarkan kearah pihak kerajaan dan agensi dibawahnya sebagai dalang kematian mendiang Teoh. Pembangkang dan rakyat perihatin tidak boleh menafsir peraturan dan undang-undang negara mengikut pandangan mereka sendiri. Mereka wajar menghormati segala undang-undang dan perundagan yang ada di negara ini. Ketika siasatan kes kematian Beng Hock masih dalam penyiasatan polis, semua pihak perlu bertenang dan membiarkan pihak berkuasa menyelesaikan penyiasatan tersebut. Semua rakyat ingin tahu, janganlah biarkan emosi mengambil alih minda kita.

Nik Aziz dan perpaduan Melayu

Pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta pemimpin bukan badan kerajaan (NGO) Melayu mula marah dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilebel pula dengan gelaran "tok guru" kerana bukan sahaja enggan berkerjasama tetapi turut mengeluarkan kenyataan "Pergi jahanam dengan UMNO" dan "mengucap" orang UMNO dan PAS tak sama. sebagai orang Melayu yang penuh dengan adap sopan dan tatasusila, bahasa yang dikeluar olih Nik Aziz itu amat kasar dan menyinggung perasaan orang Melayu. Janganlah kerana dendam lama Nik Aziz terhadap UMNO yang pernah menyingkirkan PAS ketika bekerjasama dahulu sehingga menyinggung perasaan orang Melayu UMNO atau mungkin juga Nik Aziz tidak sedar apa yang dicakapkannya itu atas faktor usianya"nyanyok" atau tidak sihat atau uzur. Dalam PAS sendiri pun, terdapat ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan Nik Aziz dalam beberapa perkara sejak kebelakangan ini. Dalam politik, tiada yang lebih penting selain melihat Melayu bersatu.
Biar pun perbagai andaian dan telahan telah dilempar terhadap UMNO akibat insiden gagal memenangi beberapa kerusi Dewan Undagan Negeri Dan Parlimen PRU 12 lalu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa dan hilang punca. Orang Melayu sebenarnya masih ramai lagi yang mempercayai bahawa UMNO adalah landasan yang terbaik untuk membela dan memperjuangkan nasib anak bangsanya. Namun begitu, kita terpaksa akur bahawa terdapat juga beberapa perkara penting, dimana kita terlepas pandang dan kesilapan yang kita sendiri lakukan, semasa kita berada didalam keadaan yang selesa dahulu. Signifikannya, UMNO tidak pernah berdosa terghadap Orang Melayu, Jika adapun, Mungkin atas kesilapan yang dilakukan olih kita sendiri semasa kita membuat keputusan. Hakikatnya UMNO mesti dipulihkan secepat mungkin, dan kita l;ah yang sewajib nya menjadi nadi untuk memperbetulkan semula keadaan. Bumi mana yang tidak di timpa hujan dan lautan mana yang tidak dilada badai taufan. " Kenyatan daripada ketua UMNO Baha

Tok Guru... Tok Guru... apa dah jadi

Nik Aziz seolah -olah mendakwa orang-orang UMNO tidak beriman, kerana menolak ISLAM, Benarkah UMNO menolak ISLAM? UMNO tidak menolak ISLAM, UMNO menolak PAS! PAS itu bukan ISLAM dan ISLAM itu bukannya PAS. PAS adalah sebuah parti Politik. ISLAM itu adalah agama. Tak kan Nik Aziz tidak tahu membezakannya. Berapa kerat orang PAS yang berani sanggah kata dusta dan fitnah pemimpin mereka. tak ada langsung! mereka sokong membuta tuli, Mereka tidak sedar suara Melayu/ISLAM di Parlimen kian lemah dan berkurangan. Kekurangan suara majoriti suara Melayu/ISLAM akan merugikan Melayu dan perjuangan ISlam. Jadilah PAS bagai Pak Kaduk yang menang sorak kampong tergadai. Itu lah yang menyebabkan 6 ADUN daripada PAS tidak mahu bergabung bersama UMNO/BN negeri Perak setelah di kudakan. hingga sanggup membuat bai'ah (akujanji) antara mereka ADUN daripada PAS " Sekiranya ada diantara mereka keluar daripada Pakatan, MAKA JATUHLAH TALAK 3 KEPADA ISTERI-ISTERI MEREKA DIRUMAH' apa punya "bo

Mansuh PPSMI Bukan Desakan Pembangkang

Ketua Penerangan UMNO Malaysia YBH Haji Ahmad Haji Maslan berkata, pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan kerana kerajaan tunduk kepada desakan pembangkang tetapi kerana kerajaan mendegar dan prihatin pandagan semua pihak. " Pembangkang tak ada hak kata pemansuhan PPSMI itu kerana perjuangan mereka. UMNO Johor sendiri sejak awal dasar ini dilaksanakan, sentiasa menegur kerajaan dari segi pelaksanaannya,"

Bibit Kerjasama PAS Dan UMNO Mula Dirasai

Saya amat terharu dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan Negeri PAS dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan ISLAM. Menteri Besar Kelantan itu berharap perselisihan pendapat yang timbul dikalangan pemimpin politik terutamanya antara UMNO dan PAS sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semagat persaudaraan sesama ISLAM. Maka tepatlah ramalan banyak pihak bahawa "Tuan Guru Nik Aziz seorang ulamak" yang berpandagan jauh dan bila tiba masanya, akan melupakan sengketa lama demi perpaduan umat ISLAM Malaysia dan kepentigan negara serta dalam rangka untuk membanggunkan bidang ekonomi dalam segenap bidang.

Tidak Pernah Perpaduan itu Merugikan Sebagaimana Tidak Pernah Perpecahan Itu Menguntungkan

Kerajaan perpaduan adalah cadangan PAS yang disambut baik dan terbuka oleh Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri. Bila dibawa bincang dengan DAP & PKR tentulah mereka tidak bersetuju. Jadi baik dan afdal sekali jika PAS bincang dengan UMNO/BN halangan utama untuk Pas berbincang UMNO/BN sebelum ini ialah Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz . Sekarang pintu rundingan terbuka sekali lagi bila Dato Nik Aziz setuju untuk berbaik antara kerajaan negeri dan pusat. alahkah bahagia dan bersyukur pencinta perpaduan terhadap berita ini. Jika ada sinar harapan perpaduan dan semagat berbaik antara dua parti politik Melayu yang terbesar ini, maka yang untung bukan hanya sesama bangsa Melayu, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhan.Percayalah bahawa tiada untungnya berpeah dan berbalah pagi petang siang malam subuh senja di segenap penjuru negara ini. Manek Urai adalah contoh orang Melayu terbahagi dua , hampir sama antara UMNO dan PAS. Hentikan perpecahan UMNO dan PAS yang mer

PAS hanya tempat dengar ceramah

"Rakyat nampak gambar Nik Aziz tadah tangan angkat dao sana sini di Manek Urai. Tapi sebenarnya Bariasan Nasional, dengan izin ALLAH yang laksana doa NIK Aziz itu" Benar kata orang, fitnah boleh mendorong fitnah. tidak terfikirkah Nik Aziz untuk memperjuangkan kepentingan rakyat? apa yang lebih peting bagi Nik Aziz ialah pidato, ceramah, debat, pidato, ceramah, debat, pidato, ceramah, debat.

Kenapa Manek Urai perlu perubahan

Barisan Nasional akan menumpukan segala bantuan ekonomi dan apa sekalipun untuk rakyat Manek Urai. Pembangunan intrastruktur Manek Urai akan di majukan sama seperti kawasan di mana BN mentadbir. Dengan menjadikan Mank Urai "Anak Kesanyang" BN, mata dan minda penyokong PAS di Kelantan akan terbuka. Betapa selama ini mereka rupanya sangat membuang waktu dan masa mereka dengan memberikan sokongan emosi kepada PAS, DAP dan PKR.

nik aziz bukan maksum

Tan Sri muhyiddin yassin berkata, mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan seorang yang maksum hingga terpelihara daripada sebarang kelemahan dan tidak boleh di tegurapabila melakukan kesilapan. Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah menjadi kewajipan UMNO menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin PAS itu.