Skip to main content

Tok Guru... Tok Guru... apa dah jadi

Nik Aziz seolah -olah mendakwa orang-orang UMNO tidak beriman, kerana menolak ISLAM, Benarkah UMNO menolak ISLAM? UMNO tidak menolak ISLAM, UMNO menolak PAS! PAS itu bukan ISLAM dan ISLAM itu bukannya PAS. PAS adalah sebuah parti Politik. ISLAM itu adalah agama. Tak kan Nik Aziz tidak tahu membezakannya. Berapa kerat orang PAS yang berani sanggah kata dusta dan fitnah pemimpin mereka. tak ada langsung! mereka sokong membuta tuli, Mereka tidak sedar suara Melayu/ISLAM di Parlimen kian lemah dan berkurangan. Kekurangan suara majoriti suara Melayu/ISLAM akan merugikan Melayu dan perjuangan ISlam. Jadilah PAS bagai Pak Kaduk yang menang sorak kampong tergadai. Itu lah yang menyebabkan 6 ADUN daripada PAS tidak mahu bergabung bersama UMNO/BN negeri Perak setelah di kudakan. hingga sanggup membuat bai'ah (akujanji) antara mereka ADUN daripada PAS " Sekiranya ada diantara mereka keluar daripada Pakatan, MAKA JATUHLAH TALAK 3 KEPADA ISTERI-ISTERI MEREKA DIRUMAH' apa punya "bodoh". Kenyataan dibuat pada ceramah umum PRK Parlimen Bukit Gantang olih ADUN daripada Gunong Semanggul. Ini satu lagi kenyataan yang di kata olih tok guru PAS ( Ini maksud sebenar kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat pasal yang disangka nak hulur salam berbaik-baik dengan UMNO semula. Menteri Besar Kelantan keluar satu kenyataan khusus beri penjelasan mengenainya dimana beliau anggap UMNO over react keatas kenyataannya. Katanya beliau tidak bermaksud sampai nak rundingan perpaduan PAS-UMNO tapi cuma untuk baiki hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kata Nik Aziz pendiriaannya menentang rundingan perpaduan tidak berubah. Ini , katanya adalah soal lain, menurut Datuk Nik aziz beliau mahu kerajaan pusat penuhi tanggung jawabnya pada negeri termasuk bayar royalty minyak. Katanya jika demikian beliau sanggup rapatkan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...