Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

DAP Sedia Pecat 753 Perwakilan India

Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia. Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar. Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis. Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih. Namun, cubaan DAP untuk men

Mat Sabu Dari Golongan Syiah Yang Mana?

Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah. Namun, secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak. Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa, malangnya, kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini. Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran. Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet. Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah. Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran. Itu belum

Ke Mana Arah DAP, Kristianiti atau Komunisme?

Umum sedia maklum bahawa DAP sentiasa menyanjung komunis sebagai wira. Parti ini juga berusaha untuk membawa balik ‘penyembelih Malaya’, Chin Peng atas alasan ancaman komunis sudah tiada. Bagi menjustifikasi tindakan mereka DAP cuba menafikan sejarah serta giat ‘mereka-cipta’ sejarah mengikut kacamata dan selera komunis. Risalah-risalah turut disebar yang menggambarkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Di masa yang sama mereka menanam prasangka terhadap kerajaan konon dengan sengaja menafikan ‘jasa’ komunis atas dasar perkauman. Masyarakat Cina yang sememangnya terkenal dengan semangat perkauman yang kuat amat mudah terpengaruh dengan dakyah ini. Apatah lagi dengan hakikat bahawa sebahagian daripada mereka merupakan anak, cucu atau cicit komunis juga. Apabila masyarakat Cina menolak Sekolah Kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), keadaan menjadi bertambah buruk kerana SJKC tidak menitikberatkan matapelajaran Sejarah. Malah, kita juga

Cina Malaysia Perlu Kemukakan 10 Sebab Pendidikan Vernakular Baik Untuk Negara

Hujung minggu lalu, Persatuan-Persatuan Cina Malaysia telah bersidang di Dewan Besar SJKC Chung Kwo bagi membincangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Persidangan tersebut melibatkan hadirin seramai 2,500 orang dari 728 NGO. Turut hadir ialah Dr Yap Sin Tian (Pengerusi Dong Zong), Teresa Kok Suh Sim (AP Seputeh), Mahfuz Omar (AP Pokok Sena), Nurul Izzah (AP Lembah Pantai), Dr Tan Seng Giaw (AP Kepong), Kulasegaran (AP Ipoh Barat), Tan Sri Robert Pang (pembawa beg duit rasuah), Tian Chua (stuntman dari Batu), Fong Kui Lun (AP Bkt Bintang), Chow Sow Hong (Timbalan Pengerusi Dong Zong), Dr Loh Yoong Keong (New Era College), Arumugam (Wakil Tamil Foundation) dan Liew Chee Woon (wakil Hua Zong). Untuk makluman, Hua Zong boleh dikatakan sebagai ‘wakil MCA’. Di pendekkan artikel, persidangan tersebut diakhiri dengan kesemua yang terlibat sebulat suara menentang Pelan Pendidikan 2013-2015atas alasan ia tidak memberi ruang yang cukup untuk bahasa nenek moyang orang

Scorpene: Kenyataan Jasbir Bukti SUARAM Adalah Bangkai Bernyawa

Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti. Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal. Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka. Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM. Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu. Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan. Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang r

PAS Tuduh Orang Kuala Besut Kaki Rasuah

Alhamdulillah! PRK Kuala Besut berlangsung tanpa sebarang gimik keterlaluan dari pembangkang iaitu tiada drama Bangladesh, tiada laungan ‘tak ada karan’ atau gambar peti undi dijumpai diatas sampan. Namun, itu tidak bermakna tiada tuduhan liar dilemparkan terhadap UMNO, apatah lagi apabila UMNO menang. Kini, telah berkumandang di dalam Harakah bahawa UMNO menang kerana rasuah. Konon BN merasuah secara giat, menghulur wang tunai terus kepada rakyat Besut. Malah, jika melihat dari laporan Harakah dan tulisan-tulisan para kolumnisnya serta ceramah-ceramah kempen sebelum ini pun, kita mungkin akan terbayang gambaran jentera dan calon UMNO menabur wang secara besar-besaran dan pengundi K. Besut pula berpusu-pusu berebut-rebut wang tersebut. Apakah yang boleh disimpulkan dari tuduhan Harakah ini? Kesimpulannya ialah, PAS menuduh orang Kuala Besut sebagai pemakan rasuah! Dalam keghairahan PAS menyerang, menghentam dan menghina UMNO, PAS terlupa yang mereka sebenarnya me

“The New Village” Filem Patriotik?

Berikutan keputusan untuk menangguh filem The New Village, FINAS menyeru semua pihak agar jangan menyalahkan pertubuhan itu kerana meluluskannya. Menurut FINAS, tugasnya bukanlah untuk meluluskan tayangan tetapi hanya menetapkan tarikh tayangan. Kuasa untuk meluluskan tayangan berada di tangan Lembaga Penapisan Filem (FCB). Ini bermakna FCB yang perlu menjawab masalah ini. Namun, sehingga kini masih tiada apa-apa komen dari FCB. Ada juga menteri yang menyatakan bahawa tidak adil untuk menghukum filem tersebut berdasarkan trelernya. Lucu kerana kita tidak mendengar kenyataan yang sama terhadap filem Tanda Putera apabila masyarakat Cina, iaitu kemungkinan besar di kalangan para pensimpati komunis, ‘mengamuk’ apabila treler filem tersebut dipromosikan. Akibatnya, filem tersebut ditahan penayangan dan hampir dibatalkan. Ironinya, Tanda Putera ialah sebuah filem sejarah dan dibuat melalui pengkajian yang teliti. Sekiranya ada yang tersinggung dengan kisah tersebut, maka kit

DAP Terbukti Kuat Menipu: Pemilihan Semula CEC Perlu diPantau BERSIH?

Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas. Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik. Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan. ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC. Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat. Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional. Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus. Malah, DAP juga telah mem