Skip to main content

Scorpene: Kenyataan Jasbir Bukti SUARAM Adalah Bangkai Bernyawa


 
Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti. Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal. Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka. Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM. Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu. Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan. Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong. Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk ‘menguruskan pembohongan’, termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain. Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Dato’ Seri Najib atau Razak Baginda. Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS, Thales dan Perimekar, entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Dato’ Seri Najib. Dari situ, mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina. Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas. Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris. Dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya. Tidak apa semua itu, kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan. Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu. Oleh itu, jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene, tetapi dalam operasi SUARAM. Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini, Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan. The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya semalam. Dari kenyataan Jasbir, maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene. Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAMlah yang sebenarnya berbohong. Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan. Jika pembohongan itu berhenti, maka tamatlah riwayat SUARAM. Setakat hari ini, boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM. Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa - berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun