Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Isu Air Akan Tenggelamkan Pakatan Rakyat

Antara tanggungjawab utama sesebuah kerajaan ialah menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Dan sebagai makhluk Allah SWT yang bernyawa, tiada apa yang lebih ‘asas’ daripada air iaitu elemen utama untuk memastikan kita terus hidup. Tanpa air, semua benda yang bernyawa akan mati. Rakyat Malaysia adalah bertuah kerana bumi kita dianugerahkan dengan cuaca yang ‘seimbang’ iaitu tidak ekstrem. Kita tidak perlu risaukan kemarau berterusan mahupun ancaman sejuk yang keterlaluan. Hujan dan panas berselang-seli memastikan tanah subur sehinggakan mustahil bagi rakyat Malaysia yang paling miskin sekali pun untuk mati kebuluran. Mengambilkira hakikat ini, maka kegagalan kerajaan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia untuk memastikan rakyat dapat menikmati sumber asas kehidupan ini dengan sempurna, membuktikan kelemahan mereka yang ketara. Bukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berhadapan den

ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI PAS

Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya. Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain? Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan? Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya. Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara. Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula. Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang ter

Amerika Terima Kemungkinan Bahawa Pembangkang Akan Tewas Dalam PRU13

Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan keadaan negara selepas PRU-13 setelah Dato’ Seri Najib menerima ucapan tahniah yang awal daripada Presiden Barrack Obama dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Phnom Penh seminggu lalu. Dalam sidang tersebut, Presiden Obama menyatakan bahawa beliau yakin bahawa Barisan Nasional pasti akan meraih kemenangan bagi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Amerika Syarikat telah banyak memantau keadaan politik di Malaysia kerana 'anak kesayangan' mereka, Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Pakatan Rakyat telah menggunakan pelbagai strategi untuk menutup segala kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dibawah kerajaan BN. Antaranya termasuk mereka-reka cerita bahawa Perdana Menteri pernah terlibat dalam rasuah dan juga kes bunuh. Anwar juga telah membawa penyokong di jalanan untuk mengutuk tragedi Dataran Tahrir, dengan harapan bahawa ia mampu menjatuhkan imej kerajaan. Anwar sememangnya suka

ISU GUNTING RAMBUT: PAS SUJUD KEPADA DAP

Hari ini Pas yang pernah dan masih mengatakan bahawa ia adalah parti Islam yang terhebat dan paling ikhlas memperjuangkan agama yang di bawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kini berada di persimpangan jalan. Ketika Pas masih di usia muda dan baru ditubuhkan mungkin dakwaan tersebut ada kebenarannya, maklumlah semangat masih berkobar-kobar, jiwa masih bersih daripada nodaan syaitan. Kini setelah enam dekad wujud di persada politik kebangsaan, identiti Pas sebagai parti Melayu yang dikatakan bertunjangkan kepada perjuangan untuk menegakkan Negara Islam sudah mula dipertikaikan. Malah ada juga yang sudah mengatakan parti itu sekarang saling tak tumpah seperti parti-parti lain yang mengamalkan prinsip Machiavellian dalam pendekatan politiknya iaitu matlamat menghalalkan cara. Dilema Pas kini sungguh menekan kepimpinan parti itu pada masa kini, bak kata peribahasa Melayu 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Bagaikan memilih antara dua kekasih yang sama-sama disayan

UMNO Dan BN Akan Pertahan Bumi Malaysia Daripada Pembangkang

Saudara dan Saudari sekalian, 1. Alhamdulillah dibalut rasa tawaduk dan rasa rendah diri, sekali lagi kita berhimpun untuk menunaikan tanggungjawab lazim sebagai sebuah organisasi bagi mengadakan mesyuarat agong tahunan parti tercinta yakni Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. 2. Sesungguhnya perhimpunan sebegini bukanlah semata-mata acara ritual dalam memenuhi tuntutan taqwim organisasi. Sebaliknya, ia satu iltizam terbaik melaksanakan proses muhasabah dan islah demi memperbetulkan kelemahan, memperkejab jentera parti, membugarkan halatuju pertubuhan, seterusnya mempastikan kelangsungan jemaah. Saudara dan saudari, 3. Seperti semua maklum, ini merupakan perhimpunan agong terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang ke-13. Jadinya, Dewan Rakyat, menurut Perlembagaan, kalau pun tidak dibubar oleh yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri, ia akan terusai juga dengan sendirinya, tanggal 28 April 2013. 4. Oleh itu, setiap seorang daripada kita, t