Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

#Misi Kemanusiaan Ke Gaza Biro Kebajikan UMNO Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima Kasih kepada pengacara majlis. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada bahagian Media dan rakan-rakan di Ibu Pejabat UMNO yang telah mengadakan jamuan majlis doa selamat atas misi yang saya sertai. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana impian saya untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan Kelab Putera 1Malaysia   jadi realiti. Permohonan saya untuk sertai misi ini dibuat atas nama Ibu Pejabat UMNO mewakili umno-online dan syukur semuanya berjalan lancar walaupun melalui tapisan yang ketat, sesi pemeriksaan yang rapi selain banyak penyertaan pihak lain yang ditolak. Saya berkongsi impian dengan semua rakyat Malaysia dan kawan-kawan semua iaitu untuk melihat kesejahteraan dan keamanan dimana-mana khususnya kepada umat Islam. Tujuan misi ini adalah untuk kerja-kerja amal bagi membantu saudara-saudara Islam kita di Gaza. Insya-Allah, jika

Kumpulan pertama misi kemanusiaan ke Gaza, Rabu

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama misi kemanusiaan ke Gaza anjuran Biro Kebajikan Umno akan bergerak Rabu ini mengikut jadual seperti ditetapkan setakat ini. Kumpulan enam orang itu antara lain akan membuat persediaan dan analisis awal bagi menentukan keadaan sepanjang perjalanan dan sewaktu di Gaza adalah selamat dan lancar.     Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kumpulan kedua yang dijadual bergerak pada 12 Ogos, akan bergantung kepada analisis kumpulan pertama berkenaan.    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kursus dan latihan dua hari mengenai risiko pengurusan keselamatan dan kontigensi di sini, hari ini. Sebanyak 65 peserta terdiri daripada doktor, media dan sukarelawan akan menyertai misi berkenaan dengan objektifnya di antara lain adalah bagi menyampaikan bantuan 40 tan metrik ubat-ubatan dan makanan. Abdul Azeez yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berkata kemungkinan anggota misi akan dibahagi kepada dua