Skip to main content

#Misi Kemanusiaan Ke Gaza Biro Kebajikan UMNO Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima Kasih kepada pengacara majlis.
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada bahagian Media dan rakan-rakan di Ibu Pejabat UMNO yang telah mengadakan jamuan majlis doa selamat atas misi yang saya sertai.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana impian saya untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan Kelab Putera 1Malaysia   jadi realiti. Permohonan saya untuk sertai misi ini dibuat atas nama Ibu Pejabat UMNO mewakili umno-online dan syukur semuanya berjalan lancar walaupun melalui tapisan yang ketat, sesi pemeriksaan yang rapi selain banyak penyertaan pihak lain yang ditolak.

Saya berkongsi impian dengan semua rakyat Malaysia dan kawan-kawan semua iaitu untuk melihat kesejahteraan dan keamanan dimana-mana khususnya kepada umat Islam. Tujuan misi ini adalah untuk kerja-kerja amal bagi membantu saudara-saudara Islam kita di Gaza. Insya-Allah, jika segalanya berlangsung lancar misi kemanusian ke Gaza ini yang dijangka akan bertolak pada 12 Ogos ini.

Atas nama kakitangan UMNO, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi pengurusan di Ibu Pejabat ini, bermula dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Yusoh,  KSUB Datuk Jamaluddin Aziz. Keizinan dan pelepasan untuk saya menyertai misi kemanusian ini amat besar maknanya buat diri saya dan sangat saya hargai.
Tak lupa juga sokongan rakan-rakan semua terutamanya Setiausaha Bahagian Media, Encik Kamal Zailani, PSUB 1, En Azman dan PSUB 2 En Al-Kamarol, ahli keluarga dalam bahagian Media serta sahabat-sahabat di Ibu Pejabat UMNO. Terima kasih atas segala bantuan dan dorongan untuk saya selama ini. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua sekiranya saya ada berbuat salah dan silap sepanjang kita bersama-sama dalam perjuangan UMNO selama ini. Saya mohon, pada rakan-rakan semua untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya bersama anggota misi Malaysia di Gaza, doakanlah agar misi kemanusiaan yang dibuat khusus untuk rakyat Palestin ini berlangsung dengan jayanya dan kami pulang ke tanah air kembali dengan selamat.
Semoga segala usaha dan amal baik kita dalam membantu saudara sesama Islam diberikan keberkatan, bukan hanya untuk rakyat Palestin tetapi semoga negara-negara Islam di seluruh duania akan kembali aman dan dapat meneruskan syiar Islam serta berkongsi keamanan bersama-sama.
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan mohon doa sahabat-sahabat semua untuk mengiringi perjalanan saya.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...