Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Pemimpin UMNO Jangan Hilang Fokus

Mengutamakan Fokus Set Our Priority Right 01. Ibarat Kita Sedang Dalam Perlawan Bola Maka Kita Perlu Fokus Dan Mempunyai Keserasian Di Kalangan Pemain Utk Menetapkan Fokus Agar Memenangi Perlawanan. 02. Dulu Kita Ada Striker Pencen Yg Berkata "Saya Masih Warm Up" Walaupun Dia Sudah Masuk Penggal Ke Dua Menjadi Kaptain Bola BN. 03. Kita Ada Striker Veteran Yg Masih Aktif Bersenam Dan Dia Juga Yg Membuatkan Striker Pencen Di Gugurkan Dari Squad Apabila Squad BN Bersidang. 04. Kini Striker Veterab Masih Berada Di Bangku Stadium. Kekadang Dia Di Bangku Penyokong. Namun Sejak Akhir Akhir Ini Beliau Menjadi Juara Sorak Di Bangku Lawan. 05. Dia Juga Keluar Ke Jalanan Menyokong Projek BERSIH Selama 2 Hari Di Dataran Merdeka Konon Mahu Menyucikan Liga Bola BN Namun Dia Gagal Utk Hadir Di Pentas Stadium Pada 31 Ogos 2015. Striker Pencen Yg Dia Lanyak Dulu Tetap Hadir Bersama Kapten Baru BN Pada Hari Bersejarah Negara Namun Striker Veteran Yg Kononnya Banyak Berjasa TIDAK HA

BANK NEGARA ADA AGENDA? PEJABAT AG KATA TIDAK ADA KES UNTUK DAKWA 1MDB KERANA TIADA BUKTI MONEY LAUNDERING. TETAPI BNM MAHU 1MDB DIDAKWA PULA ATAS KESALAHAN TIDAK MEMBERIKAN LAPORAN TEPAT, SEDANGKAN.......

1. 1MDB telah memohon kepada Bank Negara untuk membuat pelaburan sebanyak AS$1 bilion pada tahun 2009 dan Bank Negara yang meluluskannya. 2. Pada tahun 2010, selepas usahasama Petrosaudi-1MDB dihentikan,1MDB membuat pelaburan tambahan sebanyak AS$830 juta lagi, tetapi juml ah AS$1.83 ini ditukar ke dalam bentuk Nota Murabaha, iaitu sebagai kemudahan pinjaman kepada syarikat JV Petrosaudi pada kadar 8.75%. Tiada kenyataan dari Bank Negara. 3. Pada tahun 2011, pinjaman AS$1.83 bilion ditukar ke dalam bentuk saham PetroSaudi Oil Services dan nilainya telah meningkat kepada AS$2.2 bilion. Bank Negara senyap juga. 4. Pada tahun 2012, 1MDB menjual saham ini pada nilai AS$2.318 bilion, termasuk keuntungan sebanyak AS$488 juta yang dibayar dalam bentuk unit dana berdaftar Cayman Islands, Bank Negara diam juga. 5. Pada tahun 2014, 1MDB menebus unit dana tadi sebanyak AS$1.22 bilion untuk membayar hutang. Bank Negara masih tidak membuat apa-apa. 6. Pada tahun 2015, ap

Beri Peluang Membuktikan Keupayaan Najib Razak Memimpin Dan Memperbaiki Sebarang Kelemahan

Beberapa pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Kelana Jaya menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menghentikan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia boleh memburukan keadaan di peringkat dalaman parti itu. Ketua Cawangan Umno Sungei Way, Ishak Maarof berkata, sebagai pemimpin yang dihormati, Dr Mahathir tidak sepatutnya mengkritik secara terbuka Perdana Menteri yang mendapat mandat mentadbir negara dan parti ini menerusi sistem demokrasi. “Sebagai pemimpin akar umbi, kami bimbang serangan berterusan Dr Mahathir terhadap Najib akan mengelirukan rakyat. Jika keadaan ini berterusan, ia tidak akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya. “Pembangkang tentu akan mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku hari ini, begitu juga pihak yang berhasrat untuk memusnahkan UMNO,” katanya pada sidang media di sini, Selasa. Ishak berkata, desakan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO se