Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah menyediakan perkhidmatan Peguam percuma kepada para peniaga dan penjaja yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang

Kejadian Demonstrasi memansuhkan ISA anjuran Gabungan Mansuh ISA (GMI) yang dipercayai didalangi oleh kumpulan-kumpulan daripada parti-parti pembangkang (berdasarkan kehadiran pemimpin mereka) pada sabtu 1hb. Ogos 2009 baru-baru ini jelas menunjukkan akan kebiadapan/keengkaran penganjur dalam memtuhi prinsip rukunnegar yang ke 4 iaitu kedaulatan Undang-Undang. Kesan daripada perhimpunan yang dicetuskan ini yelah meninggalkan satu stigma dan kerugian kepada para penjaja dan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di Masjid India dan kawasan-kawasan sekitarnya kesan ini juga dirasai oleh para pengunjung yang rata-ratanya datang bersama keluarga dihujung minggu. Diatas kesedaran ini, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan telah mengambil pendekatan dengan menyediakan khidmat bantuan guaman bagi membolehkan para penjaja dan peniaga yang berhasrat mengambil tindakan Undang-Undang dalam bentuk menuntut ganti rugi atas kerosakan harta benda, kerugian perniagaan dan kehilangan pelanga
S Semua sayap UMNO dan parti komponen BN juga perlu menunjukkan keberanian mereka yang berjuang atas dasar mempertahankan agama,bangsa dan negara, kita perlu perbaiki imej kerana jika imej merosot sukar untuk memenangi pilihanraya kecil permatang pasir, malah orang kita (UMNO) kurang berani, contohnya Pemuda UMNO tidak berani menonjolkan diri mereka sebagai Pemuda UMNO. Oleh itu, usaha perlu dilakukan sekarang, tunjukkan UMNO pejuang untuk pertahan Agama, Bangsa dan Negara (Tanah Air) dengan itu rakyat akan yakin mereka akan memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional

Parlimen adalah tempat yang sesuai membahaskannya kerana ISA dilahirkan di Parlimen

Jika ISA tidak disukai oleh rakyat, maka sudah tentulah mereka sudah lama menolak kerajaan sekarang ini. Apa yang penting, rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyat rasa terbila kerana kerajaan memang ikhlas bantu rakyat. Namun, tidak semua yang dilakukan kerajaan sempurna. Barang kali ada bantuan tidak sampai kerana masalah-masalah tertentu yang berlaku diperingkat bawahan. Memanglah, sebagai ahli politik, apabila mereka ditangkap dibawah ISA kerana kesalahan daripada tindakan mereka. Apakah niat jahat mereka tidak sukar untu dibaca. Mereka gagal menyuarakan pendapat kumpulan mereka di Parlimen!.Parlimen adalah tempat sesuai membincangkan ISA.

ISA: Siapa sebenarnya kuda kayu

Gerakan Mansuh ISA (GMI) menyertai demonstrasi pada 1 ogos yang lalu menjelaskan hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang tidak mahu mengaku akan kesan positif dan keberkesanan ISA dalam memelihara keamanan negara. Sasaran 100,00 pendemonstrasi seperti yang diuar-uarkan oleh penganjur GMI ternya jauh menyimpang! Sepert yang diduga majoriti yang terlibat dengan demonstrasi haram ini adalah orang Melayu. Gambaran awal GMI seolah-olah semua kaum dari gabungan lebih 80 NGO akanturun berdemonstrasi, namun terbukti kaum-kaum lain tersebut hanya berehat dirumah bersama keluarga sambil menikmati hidangan tengah hari, sedangkan pada masa yang sama terdapat segelintir Melayu sedang melakukan 'kerja-kerja bodoh'. Golongan Melayu ini juga tidak ubah seperti golongan Melayu "Mat Rempit" yang bodoh, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menguji prestasi "mesin bodoh" ciptaan orang lain!. Saya ingin berpesan kepada Haji Hadi Awang, sekiranya beliau bercadang menger

Imej Malaysia tercemar diluar negara

Para pemimpin pembangkang mengambil langkah yang bodoh membelakangkan demokrasi berpalimen dengan menganjur atau menyertai perhimpunan haram anti ISA. Apakah tidak mereka itu berjaya menghentikan ISA? Adakah tidak terfikir oleh mereka bahawa tindakan mereka itu menimbulkan huru-hara serta memberi pandagan pandagan negetif masyarakat dunia terhadap Malaysia. Krisis ekonomi dunia yang melanda dunia dan tidak terkecuali Malaysia perlu sama-sama dihadapi demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Pastinya pemikiran dan tindakan sedemikian menambahkan keburukan kepada ekonomi negara. Mengapa pemimpin-pemimpin ini di pilih oleh rakyat, adakah rakyat juga salah dalam memilih pemimpin-pemimpin itu? sama-sama kita fikir dan renungkan. Jangan kita jadi pengikut yang tengelam bersama labu-labunya.

Melayu diperkuda menentang ISA, kenapa sekarang mereka nak dijadikan alat orang lain...

Perhimpunan haram tempohari menyaksikan Orang Melayu telah dipergunankan dan diperkudakan pihak tertentu untuk menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), jika benar orang Melayu mahu berdemonstrasi untuk menghapuskan ISA. ia sepatutnya telah lama dilakukan iaitu semasa penahanan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Jemaah Islamiah dan JI yang memeng melihat kan Orang Melayu. tiada gerakan untuk mansuhkan ISA kerana kita orang Melayu memahami keadaannya. Isu yang hangat sekarang ialah Pertubuhan haram Hindraf, kenapa sekarang Orang Melayu nak dijadikan alat oleh orang lain. Yang nyata mahu ambil kesempatan demi kepentingan politik dan kelemahan dalaman itu sendiri. Mereka akan dianggap dan gelar orang yang terlibat dalam demonstrasi sebagai pejuang kepada keadilan. Sebelum ini, mereka cuba menutup isu kes rasuah pemimoin sendiri dengan mempolitikan kematian Setiusaha Politik seorang EXCO kerajaan negeri, Teoh Beng Hock

Jangan kacau jalan dan lalu lintas orang ramai, BERTEMPIK BIARLAH BERTEMPAT...

"Di Selangor ada stadium yang dikuasai kerajaan pembangkang... bertempiklah sampai subuh tapi jangan kacau jalan dan lalu lintas orang ramai". Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai demonstrasi jalanan pemansuhan Akta Keselamat Dalam Negeri (ISA) yang menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam disekitar ibu kota pada 1.08.09.

Putar belit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu, Anwar Ibrahim pengkhianat

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelit fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan Orang Melayu. Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap. tiada masaalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,' jelasnya. Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama diperingkat akar umbi. Pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu. Kita hanya mempuny

Isa hina martabat manusia: Nik Aziz "Tidak ubah seperti 'melayan haiwan' yang boleh diperlakukan perbagai cara

"(jika) Nak pinda, ertinya ISA masih ada dan menteri masih lagi berkuasa daripada undang-undang, kuasa menteri lebih, itu tidak betul, menteri juga terletak dibawah ALLAH, tidak boleh", Kata Nik Aziz selepas hadir di Kelantan Delight pada 2.8.09. Menurut nya, apa yang berlaku kini, undang-undang di negara ini hanya berkuat kuasa kepada rakyat sebaliknya ia tidak diperlakukan kepada menteri yang melakukan kesalahan. Mengulas mengenai kenyataan pemimpin UMNO yang menyuarakan keyakinan tinggi meraih sokongan rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, Nik Aziz berharap parti UMNO/BN tewas dalam pilihan raya itu. " Saya harap UMNO tidak akan naik (kembali) sampai bila-bila, tidak perlu ada UMNO tetapi jika tidak ada PAS tidak boleh. Kalau orang UMNO masuk PAS lagi baik, selagi ada UMNO selagi itu tindakan karut berlaku"Kata Nik Aziz lagi. "Di Manek Urai , undi (PAS) turun sebab duet, orang kampung kelabu mata, jika tidak ada duet UMNO tidak akan wujud dimuka du

Kaji semula ISA perlu bersesuaian keadaan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kajian semula terhadap sebarang pindaan berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa. Tun Dr Mahathir juga menyarakan semua undang-undang sebenarnya perlu dikaji dari masa kemasa agar bersesuaian dengan keadaan semasa. "Bukan soal saya setuju atau tidak, saya kata semua undang-undang tak boleh jadi lapuk , kalau lapuk dan tak sesuai dengan masa, kita kaji", mengulas mengenai demonstrasi di Kuala Lumpur pada 1.8.09, Dr Mahathir berkata rakyat perlu sedar bahawa berdemonstari bukanlah cara terbaik untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi mengubah akta itu. Mengenai peluang Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, Dr Mahathir berkata UMNO Dan BN berpeluang menang jika berjaya mendapatkan semula sokongan rakyat. Prestasi di Kelantan (Pilihan raya kecil Manek Urai) hari itu baik. Kalau ada perubahan tertentu, mungkin rakyat akan balik kembali untuk menyokong Barisan Nasional/UMNO. UMN

Perhimpunan haram taktik alih isu Anuar Ibrahim

Tindakan "Parti Tindakan Rakyat"mendalangi demonstrasi pada 1.8.09 sebagai takti mengalihkan tumpuan perbicaraan kes liwat penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa masaalah dalaman mereka. Tindakan demonstasi jalanan yang dianjurkan membuktikan PR tidak ikhlas untuk memperjuangkan isu itu kerana Kerajaan sudah membuka ruang untuk mengkaji ISA. Jika mereka benar-bar mahu memperjuangkan ISA, mereka sepatutnya menggunakan ruang perbincangan yang dibuka Kerajaan untuk menyelesaikan isu ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama menjadi Perdana Menteri memberi jaminan akan mengkaji akta itu dan ketika ini Kerajaan sedang mengumpul input kearah usaha itu, jadi mengapa perlu demonstrasi. Ini jelas membuktikan mereka mempunyai niat buruk dan jahat disebalik demonstarasi ini memendangkan masyarakat Melayu yang paling ramai di peralatkan untuk menyertai demonstarasi ini. Demonstrasi itu harus menyedarkan pemimpin Melayu bahawa