Skip to main content

Perhimpunan haram taktik alih isu Anuar Ibrahim

Tindakan "Parti Tindakan Rakyat"mendalangi demonstrasi pada 1.8.09 sebagai takti mengalihkan tumpuan perbicaraan kes liwat penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa masaalah dalaman mereka. Tindakan demonstasi jalanan yang dianjurkan membuktikan PR tidak ikhlas untuk memperjuangkan isu itu kerana Kerajaan sudah membuka ruang untuk mengkaji ISA. Jika mereka benar-bar mahu memperjuangkan ISA, mereka sepatutnya menggunakan ruang perbincangan yang dibuka Kerajaan untuk menyelesaikan isu ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama menjadi Perdana Menteri memberi jaminan akan mengkaji akta itu dan ketika ini Kerajaan sedang mengumpul input kearah usaha itu, jadi mengapa perlu demonstrasi. Ini jelas membuktikan mereka mempunyai niat buruk dan jahat disebalik demonstarasi ini memendangkan masyarakat Melayu yang paling ramai di peralatkan untuk menyertai demonstarasi ini. Demonstrasi itu harus menyedarkan pemimpin Melayu bahawa masyarakat itu mudah diperdaya untuk memenuhi tututan dan kepentingan politik PR terutama Anwar Ibrahim. Tindakan itu juga menimbulkan perbagai kesulitan kepada rakyat terutama ekonomi, keselamatan dan menjejaskan imej negara. Jika mempunyai niat yang baik mereka boleh memilih stadium ataupun padang yang di kuasai (negeri pempangkang) untuk berhimpun dengan aman, jelas tindakan mereka memilih jalan raya untuk berarak bagi menarik perhatian dunia.
Posted by Picasa

Comments