Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Anwar Kuda Tungganggan Terbaik Parti Untuk Berkuasa

Cubaan Pembangkang Tangguh Persidangan Gagal

Jangan Persoalkankan Hak Orang Melayu Serta Tidak DiperlekehKan

BEBERAPA orang Sultan melahirkan kebimbangan berhubung isu ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang. Antara yang bertitah mengenai isu itu ialah Sultan Selangor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Sultan Pahang dan terkini Sultan Johor. Baginda semua berkongsi pandangan bahawa hak orang Melayu tidak harus diperlekeh, menyeru umat Melayu-Islam bersatu hati dan mempertahan perkara yang melindungi ketuanan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Jarang kita mendengar begitu ramai Sultan bertitah sedemikian. Hal ini menggambarkan kebimbangan Raja-Raja Melayu mengenai nasib yang menimpa umat Melayu yang menjadi teras perpaduan negara. Isu ini timbul lantaran salah faham berhubung konsep ketuanan Melayu sehingga menimbulkan polemik oleh parti pembangkang khasnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi konvensyen mereka, baru-baru ini. Ketuanan Melayu dianggap mereka sebagai penguasaan elit oleh segelintir orang Melayu yang berkuasa untuk mempertahankan status-quo mereka. Ketua

Pemimpin BN Perlu Berubah Kalau Tidak Akan Diubah

Juara MCA atau juara rakyat? Oleh DATUK DR. PUAD ZARKASHI Dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas panjang mengenai winnable candidate. Menurut beliau, calon tersebut tidak semestinya popular di dalam parti, tetapi popular dalam kalangan rakyat. Calon seperti itu akan diberi keutamaan. Justeru, Najib memberi amaran, jangan pilih calon hanya untuk menguatkan kedudukan presiden parti, sedangkan calon itu tidak menang dalam pilihan raya. Pepatah Melayu mengatakan, siapa makan cili maka dialah yang terasa pedasnya. Dalam konteks ucapan Najib itu, semua pemimpin komponen di atas pentas bertepuk tangan tanda bersetuju dengan Najib, hanya Soi Lek yang tidak senyum dan tidak bertepuk tangan. Kenapa? Terpilihnya Dewan San Choon milik MCA sebagai tempat berlangsungnya Konvensyen BN menunjukkan kesungguhan BN untuk bermuafakat. Malangnya tanpa mengira sensitiviti pihak lain, Soi Lek meminta secara terbuka supaya UMNO tidak bersikap sep

Jangan Terjerat Permainan Politik DAP Dengan Di Tunggani PKR Serta Disokong Oleh PAS

Kita semua mengetahui betapa kecoh proses pemilihan jawatankuasa PKR yang tidak demokratik, kelam kabut, cacamarba dan penuh tipu muslihat. Hal ini didedahkan ahli dan pemimpin tertinggi PKR, baik di peringkat cabang, negeri mahupun peringkat nasional. Begitu tunggang terbalik sekali parti PKR sekarang hingga saban minggu ada sahaja demonstrasi ahli yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan PKR. Beberapa pemimpin kanan termasuk peringkat tertinggi dan pengasas PKR sendiri sudah ramai bertindak keluar parti. PKR kini umpama kapal bocor disana sini, Dalam kelemasan dan kelam kabut. menghadapi kemelut itu, begitu pandai Wan Azizah cuba mengalih pandagan masyarakat dengan tiba-tiba membangkitkan isu ketuanan Melayu. Beliau seorang yang sengaja membutakan mata hati, buta sejarah dan buta Perlembagaan dengan sengaja membangkitkan emosi dan cuba mendapatkan simpati undi kaum bukan Bumiputra. Semua ini skrip digarap olih Anwar Ibrahim iaitu suami beliau termasuk ungkapan masuk bakul angkat