Kita semua mengetahui betapa kecoh proses pemilihan jawatankuasa PKR yang tidak demokratik, kelam kabut, cacamarba dan penuh tipu muslihat.
Hal ini didedahkan ahli dan pemimpin tertinggi PKR, baik di peringkat cabang, negeri mahupun peringkat nasional. Begitu tunggang terbalik sekali parti PKR sekarang hingga saban minggu ada sahaja demonstrasi ahli yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan PKR.
Beberapa pemimpin kanan termasuk peringkat tertinggi dan pengasas PKR sendiri sudah ramai bertindak keluar parti. PKR kini umpama kapal bocor disana sini, Dalam kelemasan dan kelam kabut. menghadapi kemelut itu, begitu pandai Wan Azizah cuba mengalih pandagan masyarakat dengan tiba-tiba membangkitkan isu ketuanan Melayu. Beliau seorang yang sengaja membutakan mata hati, buta sejarah dan buta Perlembagaan dengan sengaja membangkitkan emosi dan cuba mendapatkan simpati undi kaum bukan Bumiputra.
Semua ini skrip digarap olih Anwar Ibrahim iaitu suami beliau termasuk ungkapan masuk bakul angkat sendiri yang diserah kapada Presiden Parti untuk dibacakan semasa peresmian Perhimpunan agung PKR. Jangan lah kita lupa sudah berkali-kali kita ditupu termasuk isu 16 September 2008, Anwar kelam kabut terbang ke Australia membuat 'road-show' disana tidak berpuas hati apabila PM Australia memuji Malaysia sebagai contoh negara Islam moden.
Alangkah malangnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini, sudahlah bergelut dengan isu moral dimahkamah.
Anwar Ibrahim tidak berhak untuk menentukan Lim Kit Siang sebagai Tinbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang berkuasa (itupun Kalau Menang) sebelum ini Pakatan Pembangkang (Anwar) bersetuju melantik Anwar sebagai PM dan beliau pernah berkata akan mewujudkan dua jawatan timbalan Perdana Menteri masing-masing untuk PAS dan DAP jika pembangkang memerintah.
Anwar tidak mempunyai hak, Hanya keputusan pilihanraya bolih menentukan siapa akan dilantik menjadi PM dan Timbalan Perdana Menteri.
Comments