Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

MYANMAR PERLU DISIASAT MELAKUKAN JENAYAH KEMANUSIAAN

Pengumuman kerajaan   Myanmar pada 16hb Februari 2017 yang lalu bahawa operasi tentera selama 4 bulan atas nama operasi menghapuskan gerakan pemberontakkan  ( counter insurgency operation) telah dihentikan di negeri Rakhine , tidak bermakna masyarakat Rohingya  tidak akan ditindas lagi. Dasar menindas, mendiskriminasi dan mengahpuskan etnik Rohingya di negeri Rakhine maseh berterusan dan akan dilanjutkan sehingga tidak ada lagi etnik Rohingya ujud di negeri tersebut. Menghentikan operasi itu bagi kami hanya satu fasa sahaja. Operasi tentera sudah kerap dilakukan atas nama keselamatan dan etnik Rohingya dijadi sasaran untuk diusir dan dibunuh. Ditangan Tentera , bergelumang dengan darah masyarakat civil Rohingya yang tidak berdosa. Tentera telah melakukan jenayah dengan kes merogol, penyiksaan , penangkapan secara berwewenangan , pembakaran rumah kediaman  dan pelbagai keganasan ke atas Rohingya Muslim sepanjang operasi. Operasi tentera Myanmar tersebut lebih terserlah sebagai op

Myanmar akan dipertanggungjawabkan melakukan jenayah kemanusiaan ( crimes against humanity )

Food Flotilla for Myanmar (FFFM) membawa mesej sangat besar untuk menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya oleh pihak berkuasa dan puak nasionalis Buddhis Myanmar. Membawa barang kemanusiaan dalam flotilla adalah sebahgian dari mesej untuk memberitahu dunia bahawa Myanmar harus bertanggungjawab terhadap pelarian yang dipaksa menderita dan mencari perlindungan di Negara jiran seperti Bangladesh. Bangladesh kini menanggung beban menerima lebih 500,000 pelarian Rohingya dari Myanmar sejak 1991, malah lebih awal lagi dari itu iaitu sejak 1982 apabila Rohingya digugurkan dari kerakyatan Burma. Kini sejak insiden 9 hb Oktober 2016 , hampir 70,000 pelarian Rohingya yang baru dari Maungdaw Myanmar melarikan diri ke Teknaf di Bangladesh. Mesej utama dari inisiatif Flotilla ini adalah Myanmar akan terpaksa mengambil perhatian kepada desakan dunia. Malaysia mengambil tindakan untuk menghantar bantuan dengan Flotilla kerana Myanmar melakukan penindasan berterusan dan memb