Skip to main content

MYANMAR PERLU DISIASAT MELAKUKAN JENAYAH KEMANUSIAAN

Pengumuman kerajaan  Myanmar pada 16hb Februari 2017 yang lalu bahawa operasi tentera selama 4 bulan atas nama operasi menghapuskan gerakan pemberontakkan  ( counter insurgency operation) telah dihentikan di negeri Rakhine , tidak bermakna masyarakat Rohingya  tidak akan ditindas lagi.
Dasar menindas, mendiskriminasi dan mengahpuskan etnik Rohingya di negeri Rakhine maseh berterusan dan akan dilanjutkan sehingga tidak ada lagi etnik Rohingya ujud di negeri tersebut.
Menghentikan operasi itu bagi kami hanya satu fasa sahaja. Operasi tentera sudah kerap dilakukan atas nama keselamatan dan etnik Rohingya dijadi sasaran untuk diusir dan dibunuh.
Ditangan Tentera , bergelumang dengan darah masyarakat civil Rohingya yang tidak berdosa. Tentera telah melakukan jenayah dengan kes merogol, penyiksaan , penangkapan secara berwewenangan , pembakaran rumah kediaman  dan pelbagai keganasan ke atas Rohingya Muslim sepanjang operasi. Operasi tentera Myanmar tersebut lebih terserlah sebagai operasi pembersihan etnik Rohingya , bukan memburu pemberontak.
Kenyataan dari pejabat Kaunselor Negara , Aung San Suu Kyi, yang dikeluarkan oleh penasihat keselamatan yang baru dilantik, Thaung Tan, mengatakan situasi di bahagian utara Rakhine sudah kembali stabil.
Kumpulan Hak  Manusia telah mengeluarkan fakta terhadap jenayah tentera termasuk membakar lebih dari 1000 rumah kediaman , pembunuhan yang tidak terkira (berkemungkinan ratusan ). Lebih dari 70,000 telah melarikan diri  merentas sempadan Bangladesh dan lebih 20,000 kini menjadi pelarian tanpa kediaman di dalam negeri  Rakhine itu sendiri.
Pada 14 hb Februari 2017 Setiausha Agong PBB, Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan bahawa beliau amat merasa ngeri  (''was horrified'') meneliti sebuah laporan mengenai keganasan seksual oleh tentera Myanmar ke atas minority Muslim Rohingya.
Human Rights Watch  berpusat di US telah mendakwa tentera dan Polis Kawalan Sempadan ( Border Guard Police) turut terlibat dalam jenayah merogol secara berkumpulan  dan penderaan seksual ketika operasi dilakukan .
Envoi Khas PBB , Yanghee Lee yang melawat kawasan Maungdaw 8h sehingga 20 hb Januari 2017 yang lalu telah menyatakan bahawa Myanmar akan hilang kredibiliti jika hanya mempertahankan , menolak dan menafi  ( defend , dismiss and deny ) laporan yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi penyiasat antarabangsa termasuk PBB.
Beliau turut mengesa bahawa keinginan pihak berkuasa Myanmar mahu  mengambil inisiatif mengadakan perubahan untuk rekonsiliasi nasional,  perlu dibuktikan dengan tindakan dilapangan, bukan hanya pengumuman retorik semata-mata.
Apatah lagi bila Myanmar sehingga hari ini , enggan memberi kebenaran penyiasat melihat sendiri dan menilai keadaan di kawasan yang terlibat dimana tentera Myanmar melakukan operasi pemersihan etnik.
Bukan itu sahaja, malah agensi bantuan kemanusiaan juga dilarang masuk ke kawasan kem IDP untuk mengedarkan bantuan di kawasan berkenaan.
Myanmar maseh gagal meyakinkan dunia bahawa ia mahu mengatasi isu pokok mengenai nasib etnik Rohingya iaitu isu kerakyatan. Oleh kerana itu operasi tentera yang digabung bersama dengan puak esktrimis Buddhis nasionalis sering melancarkan serangan setiapkali satu insiden direkacipta untuk menjustifikasi operasi pembersihan etnik minoriti Rohingya dilakukan atas nama keselamatan.

Pada Disember  2014 Perhimpunan Agong PBB (The UN General Assembly) telah meluluskan resolusi  mendesak Myanmar memberi “ kerakyatan penuh “ kepada minoriti Muslim Rohingya dan memberi hak kepada mereka untuk bebas bergerak di dalam Negara tersebut .
Resolusi itu dicapai sebulat suara oleh 193 negara anggota dan menyatakan keperihatinan yang serius mengenai layanan Myanmar terhadap Rohingya. Ini adalah tuntutan komuniti antarabangsa terhadap Myanmar.

Ia menuntut Myanmar mengambil langkah yang perlu untuk memastikan etnik Rohingya boleh pulang dengan selamat ke perkampungan dan komuniti mereka sendiri.
Kerajaan Myanmar dituntut  melaksanakan siasatan bebas mengenai penafian dan pelanggaran hak manusia keatas etnik Rohingya.
Resolusi itu juga menuntut supaya perkataan Rohingya digunakan untuk etnik minoriti tersebut.

Myanmar mesti membuktikan ia serius untuk akur kepada reslosui itu yang menuntut juga untuk etnik Rohingya diberi akses kepada kemudahan kesihatan , pendidikan dan  hak agama yang sama.

Pejabat  UN High Commissioner for Human Rights diarah dibuka segera di Myanmar.
Lebih menarik lagi Kesatuan Eropah membentang deraf resolusi mendesak kerajaan Myanmar  segera menangani isu diskriminasi , keganasan , ucapan kebencian terhadap agama dan etnik , mempercepatkan penyelesaian kepada penafain dan peminggiran hak ekonomi dan penempatan dan serangan keatas Muslim dan penganut agama minoriti yang lain.
Dengan itu kami menuntut :
1.      Kerajaan Myanmar menghentikan dasar menindas etnik Rohingya dan mengatasi isu pokok kembalikan hak kerakyatan mereka . Myanmar perlu tunduk kepada resolusi Perhimpunan Agong PBB 2014 mendesak supaya etnik Rohingya diberi semula kewarnegaraan mereka sebagai rakyat yang sah di Myanmar.
2.      Aung San Suu Kyi mengambil langkah konkrit mendakwa mereka yang terlibat dalam jenayah dan keganasan ke atas masyarakat Rohingya sepanjang operasi tentera yang dilancar selama 4 bulan dari )ktober 2016 sehingga Februari 2017.
3.      Kerajaan Myanmar membenarkan agensi kemanusiaan memasuki kawasan Maungdaw dan Sittwe untuk mengedarkan bantuan kemanusiaan itu sendiri secara langsung kepada mangsa Rohingya.
4.      Kerajaan Myanmar membenarkan 70,000 pelarian Myanmar yang telah melarikan diri ke Teknaf di sempadan Bangladesh  kembali semula ke perkampungan mereka tanpa syarat.
5.      Kerajaan Mayanmar membayar pampasan kepada semua mangsa Rohingya yang akibat operasi ganas  tentera Myanmar yang mengakibatkan  kemusnahan rumah kediaman dan harta serta kehilangan nyawa.
Majlis Keselamatan PBB menghantar tentera pengaman untuk memantau keselamatan  masyarakat awam Rohingya 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Tolak Yahudi Kaifeng DAP Memusuhi Islam Dan Melayu

*Kongsi maklumat :* *Tahukah kita tentang siapakah bangsa Yahudi dan diaspora nya di seluruh dunia?* *Bangsa Yahudi ini terbahagi kepada pelbagai etnik atau suku.* *1. Ashkenazim = Yahudi Jerman* *2. Sephardim = Yahudi Sepanyol dan Portugis* *3. Mizrahim/Mizrach = Yahudi Timur Tengah dan Afrika Utara.* *4. Cochin = Yahudi India* *5. Ephraim = Yahudi Romania* *6. Italkin = Yahudi Itali dan Greece* *7. Teimanim = Yahudi Yaman dan Oman* *8. Kaifeng/Youtai = Yahudi China (etnik Hakka) terdapat ramai di Malaysia* *Apa yang saya nak highlight kan di sini ialah tentang diaspora Yahudi Kaifeng Youtai ini yang terdiri daripada etnik HAKKA yang sudah membiak di Malaysia dengan jumlah yang berjuta juta ramainya.* *Untuk pengetahuan kita bersama, etnik Hakka ini adalah etnik Yahudi Cina berfahaman Christian Evangelist yang sangat2 memusuhi Islam. Parti DAP adalah parti yang di dominasi oleh kaum Hakka ini. Contohnya Cina2 yang ada pangkal nama Inggeris seperti Joseph, Teres