Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Next: " I Want To Touch My Shit " ula....

Hari ini satu usaha telah berjaya dilakukan terhadap org Islam bertujuan menghilangkan rasa takut dan 'jijik' terhadap anjing. Apakata satu hari nanti kita anjurkan pula acara ' I Want To Touch My Shit ' membantu warga bukan Islam membersihkan dubur menggunakan air, yg mana ramai di kalangan mereka merasa jijik dan kotor menyentuh najis sendiri, sedangkan kedua2nya adalah najis, tidak berdosa disentuh dan kedua2nya mudah dilakukan.  Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan membiarkan diri mereka terus diperbodohkan dengan agenda-agenda jahat tersembunyi ini. Tujuan mereka adalah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen”touch a dog” itu telah berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar sambil memeluk anjing. Apakah selepas ini bila kita sudah liberal sangat kita akan mula menganjurkan kempen “Jom pegang babi” atau “Jom melawat pasar babi” dan lain-lain lagi?

Teks Ucapan Bajet 2015 Perdana Menteri Najib Razak

BERIKUT  adalah teks ucapan penuh Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur pada petang Jumaat: Tuan Yang Dipertua,  Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.  MUKADIMAH   Tuan Yang Dipertua,  1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A'iamin, Wa bihi Nastai'n. Diiring pula selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama berdoa, dan yang beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon Iimpah keberkatan juga inayah-Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting, yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan dihadami sebaiknya oleh Sidang Dewan dan Ra