Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

'Melayu baru' dalam parti selalu digambarkan dengan kata-kata besar (angkuh) , kedudukan tinggi, kenderaan mewah...duet, jangan percaya ....

Pada konsep Melayu baru seperti itu. Terutama dalam hal duet yang selalu dikaitkan dengan pemilihan parti. Biar tidak menang dalam pertandingan, tetapi jangan terlibat dalam politik wang. 'Membeli hati dan membeli undi' yang sudah membudaya dalam UMNO. Sekiranya parti hendak diletakkan dilandasan yang benar dan parti terbesar orang Melayu itu ingin terus hidup, politik wang hendak lah ditolak sama sekali. Kita kena berubah, Apa yang ditunjukkan pada pilihanraya 8 Mac 08 lalu sepatutnya membuka mata kita. Keputusan PRU 12 sebagai gelombang pertama. Pada tahap ini sudah jelas rakyat memprotes. Jangan sampai kepada gelombang kedua , rakyat menolak parti kita UMNO. Politik wang telah menjadi isu setiap kali ada pemilihan. Beberapa pemimpin terdahulu dari ini telah mencuba habis-habisan untuk memerangi gejala negatif ini. Malangnya duet masih dijadikan prasyarat untuk seseorang itu perlu dicalonkan atau tidak. Bermula peringkat cawangan, bahagian dan pertandingan pusat, wang menga

Berdebat bukanlah satu cara mengaibkan UMNO dengan membuka laluan kepada parti lain untuk melihat permasalahan dalaman ...? calun Ketua Pemuda KJ

Debat terbuka bagi calun bertanding jawatan dalam parti tidak perlu kerana setiap calon harus bertanding mengikut rekod sendiri. Debat terbuka ini juga mengalakkan ahli UMNO berpecah belah, setiap perwakilan sudah cukop matang menilai calon bertanding. Saya menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir kerana debat terbuka yang dicadangkan tidak sesuai di Malaysia kerana kita masih belum sampai ketahap seperti itu. Hal ini kerana kita perlu menghadapi dengan perbagai risiko, jika ia dilakukan terbuka. Jika yang petah berkata-kata pun tetapi tidak boleh bekerja akan menjadi masalah juga. Marilah kita menggembleng tenaga bersama-sama memastikan negara ini terus kukuh dan maju selamanya.

Cadangan menhapuskan 30 peratus ekkuiti Bumiputra ini sebagai satu bentuk tekanan politik yang dilakukan MCA dan MIC keatas UMNO ekoran kelemahan ...

Penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuati Bumiputra dalam syarikat-syarikat senarai awam akan hanya melemahkan lagi ekonomi orang Melayu. Sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka. Dulu 22 peratus (sebelum ekonomi gawat 97) kini merosot kepada 18 peratus. Jadi wajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan. Banyak lagi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai dan usaha perlu dilakukan bagi memantapkan daya saing mereka dengan kaum lain yang maju dalam bidang ekonomi. Pic: Majlis peresmian UMNO bahagian Setiawangsa pada 25.10.08 di hotel Nikko KL

Pada pandagan Ku li adakah landasan perjuagan UMNO sekarang berkaitan hak nasib bangsa Melayu masih seperti dahulu? SK bil 153 29.10.08 muka 16

Ku Li: Lepas PRU 12, jelas rakyat dan majoriti orang Melayu menolak UMNO. Di Kelantan dalam 95 peratus penduduknya adalah orang Melayu, begitu juga dengan penduduk di Kedah dengan lebih 90 peratus penduduk disana adalah orang Melayu. Maknanya kerajaaan Barisan Nasional di Kedah ditolak oleh Orang Melayu. Di Kelantan lama dah BN di tolak. Di Terengganu pun kerajaan negeri sana sudah terumbang-ambing. Begitu juga dengan Johor yang merupakan negeri kubu kuat UMNO sejak bertahun-tahun kini sudah semakin kurang berpengaruh dan tidak seperti dahulu. UMNO sudah semakin dipertikai sebagai kuasa politik utama di Johor. Di Selangor, Perak di Pulau Pinang walaupun bukan majoriti besar disana, pemimpin UMNO dan BN sudah ditolak. Ini jelas Orang Melayu dan bukan Melayu memang tidak senang hati dengan pemimpin BN yang diterajui UMNO. Dari situ kita dapat tafsirkan perjuagan Parti UMNO dan BN tidak memenuhi hasrat dan kemahuan rakyat di negeri-negeri berkenaan, termasuk orang Melayu yang merupakan

Jangan sampai musuh UMNO membacakan Surah Yassin

Biasanya apabila orang mengidap sakit tua yang nazak, orang bacakan surah Yassin dan bertawakkal kepada ALLAH. Mudah-mudahan sembuh, kalau tidak, mudah-mudahan kembali ke pangkuan ALLAH dengan selamat dan tidak meninggalkan sebarang beban kepada anak cucu. Pemimpin UMNO jangan melupakan kepentingan Melayu dan Islam. Pic: Sebelum Mesyuarat UMNO Bahagian Setiawangsa pada 25.10.08 di Hotel Nikko KL, kelihatan Dato' Johari AJK bahagian sedang menunjukkan gambar calun.
Perasan benci kepada UMNO sebagai sebuah parti untuk orang Melayu yang tidak bermoral merebak merata-rata tempat, Amalan rasuah dalam UMNO disemua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pemimpin orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri dan lain-lain. semua pihak akan merana dan dihina orang. Rasuah politik didalam UMNO kini telah berluluasa sehingga menjadi penyakit kanser yang perlu mendapat rawatan segera. Pic : Pengerusi UMNO Wilayah Dato Sri Dzulhasnan disambut sebelum meresmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Setiawangsa di hotel Nikko KL pada 25.10.08 dengan diiringi datin serta pemantau dari UMNO Ipoh Timor Dt Azizan.

Wujudkan peraturan calun berbelanja

Masanya sudah tiba untuk UMNO menjadikan satu peraturan berhubung sejauh mana seorang calun boleh mengeluarkan perbelanjaan bagi menghadapi pemilihan parti pada masa hadapan. Sekarang segala-galanya memerlukan duet tetapi mesti ada peraturan yang menjelaskan apa yang dianggap sebagai korup dan apa yang dianggap sebagai tidak korup. Pic : Dt Sri Sulaiman Muhammad dan Dt. Azizan daripada Ketua UMNO bahagian Ipoh Timor di majlis mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa pada 25.10.08 di hotel Nikko KL
Parti UMNO akan gulung tikar tidak lama lagi sekiranya tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk membanteras politik wang, jangan harap parti terbesar orang Melayu berupaya untuk bertahan sekiranya amalan rasuah politik dibiar berluluasa seperti hari ini. Rasuah politik terjadi disemua peringkat dalam parti . Ini amat menyedihkan dan inilah yang akhirnya akan menutup tirai UMNO. Tetapi setakat ini walaupun ada usaha pihak yang diberi tanggung jawab mencegahnya (Badan lembaga disiplin parti) sepanjang musim pemilihan seperti ini, kita sedar ada sogokan untuk meraih pencalunan, tetapi berapa orang yang ditangkap atas kesalahan tersebut. Pic Jamuan hariraya di anjurkan olih hartawan Dato' Aziz Cemor di hotel Concord KL pada 21.10.08 bersama penulis Blog.

Menyahut titah Raja-Raja Melayu... Fungsi serta kuasa Raja-Raja Melayu itu sememangnya perlu diserlahkan supaya dilihat dan dihormati oleh semua...

Raja-Raja Melayu mengembalikan semula ingatan semua rakyat Malaysia perihal peranan serta kuasa yang ada mereka untuk melindungi hak serta kepentingan Bangsa Melayu dan pada masa yang sama yang memberi jaminan hak bangsa-bangsa lain di negara ini tidak pernah diperkecilkan. Apatah lagi perkembangan dalam negara mutakhir ini menyaksikan hak serta keistimewaan bangsa Melayu dipersoalkan secara terbuka termasuk peranan institusi Diraja semakin tidak mendapat penghormatan. Pic: Ketua Wanita UMNO Bahagian BTR Hajjah Salmah Pin menyampaikan cendera hati kepada pemangku Ketua Bahagian BTR Datuk Rahim Baba dengan disaksikan Rizalman Ketua Pemuda dan Zawiyah Ketua Putri di PWTC 11.10.08

Tempoh kempen yang panjang akan menyebabkan semua calon tidak kira sebanyak manapun pencalonan yang diterima akan berada dalam gundah-gulana ....

Sikap tidak matang mereka bagaimana jaminan boleh diberikan bahawa perwakilan yang bakal ke Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 nanti akan setia dengan amanat akar umbi untuk mengundi calon yang sudah diberi pencalonan oleh bahagian masing-masing? Sekarang ini perwakilan ke bahagian untuk memberi undi di sogok dengan habuan sekurangnya rm 200 atau satu cawangan ke mesyuarat menjadi perwakilan di bayar sagu hati rm 1000. Ini baru perwakilan cawangan kebahagian belum lagi....amalan politik wang masih berterusan biarpun UMNO kini dikatakan berada dalam keadaan cukup lemah . Sekarang ini ahli-ahli UMNO bukan sahaja dilanda sindrom mudah lupa. Mereka masih belum sedar bahawa rakan-rakan dalam komponen semakin lantang membuat tututan...Akibatnya UMNO akan ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Justeru demi kebaikan parti fikir-fikirkan dengan semasak-masaknya. Pic: Selepas pengumuman Datuk Moktar Samad memenangi sebagai Ketua Bahagian UMNO Bahagian

Anak beranak menerajui UMNO Bandar Tun Razak...

Dua beranak mencatat sejarah tersendiri di UMNO Bahagian BTR apabila masing-masing diberi mandat oleh perwakilan untuk menerajui bahagian mulai 2008-2011. Datuk Mokhtar Samad yang di pileh memperolihi dengan undian 185 pencabarnya Datuk Amil Salleh sebanyak 156 daripada jumlah perwakilan seramai 341. Anaknya, Rizalman pula memenangi jawatan ketua pemuda bahagian dengan memenanginya tampa bertanding. Pic: Dt. Mokhtar Samad dan Rizalman 19.10.08 di PWTC.

Tidak perlu Timbalam Pengerusi Barisan Nasional...

Kepimpinan BN perlu berbincang sama ada perlu diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kerana ia dilihat semakin tidak relevan ketika ini. Ini kerana dalam situasi politik semasa, beberapa peraturan atau jawatan penting perlu dirombak dasarnya bagi memastikan kestabilan politik itu dapat diterima baik oleh semua pihak. Baru-baru ini, MCA yang merupakan antara parti komponen dalam BN meminta supaya diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN Kedua untuk mereka setelah jawatan Timbalan Pengerusi BN selama ini di pegang pemimpin UMNO. Hasrat yang dicadangkan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai itu memerlukan BN terutamanya UMNO mengkaji semua dasar BN yang selama ini dipersetujui bersama sebelum terbentuknya perikatan tersebut. Dalam memikirkan cadangan ini, tentu sahaja ia akan mendatangkan banyak reaksi daripada parti komponen yang lain yang mahu jawatan tersebut dimiliki mereka. MIC misalnya sudah tentunya mahukan jawatan yang sama dengan alasan mereka juga merupakan antara pelopor

Jangan serang peribadi ketika kempen

Setiap calon yang bertanding jawatan pada pemilihan UMNO Mac depan agar tidak menyerang peribadi ketika berkempen. Cara sedemikian bukan sahaja dilihat, tetapi juga boleh memberi kesan tidak baik dalam proses pemilihan kepimpinan parti. Seboleh-bolehnya (kita jangan sentuh peribadi) kita ada etika-itika yang perlu diberi perhatian. Kita kempenlah secara terbuka, merayu secara baik dan berharap ia tidak melibatkan hal peribadi. Lumrahnya kadang-kadang manusia ini apabila dalam kesempitan ia akan mengambil langkah-langkah tertentu sehingga mengheret parti ke mahkamah dan kadang-kadang bergaduh. Pic; Pemangku Ketua Bhg BTR Datuk Rahim Baba di majlis peresmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Putri bhg. BTR pada 11.10.08 di PWTC

Tun berhak buat kenyataan tentang UMNO : Rais Yatim...

Membidas mereka yang mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyatan tentang UMNO di blog peribadi Tun M . "Beliau ada 'locus stand' (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang UMNO. Beliau menerajui parti UMNO selama 23 tahun., Kalau mereka ingin berkata sesuatu kepada beliau, jumpa beliau dan cakap secara berdepan dengannya. Dr Mahathir berhak menyatakan apa saja yang beliau mahukan tentang UMNO,"katanya pada program Pertukaran Kebudayaan Rakan Malaysia anjuran Kemenreian Luar. Pic : Ketua Wanita UMNO Bahagian BTR Pn. Hajjah Salmah Pin di sebelum mesyuarat Bahagian.

Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan Bajet 2009 Selangor yang dibentangkan pada 20.10.08 tiada keistimewaan kerana ...

Bajet yang dibentang dan kemukakan MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim hanyalah bagi mengaburi mata raayat kerana tiada apa yang baru kecuali Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Pic: Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian BTR 11.10.08 di PWTC.

Perbetulkan fakta sejarah Melayu

Fakta sejarah yang menyamakan orang Melayu sebagai kaum pendatang dari Nusantara ke bumi Malaysia seperti juga orang Cina dari tanah besar China dan orang India dari benua India perlu di perbetulkan. Kenyataan sebenarnya mengenai Melayunya ialah, Melayu itu berasal dari Nusantara. Negeri-negeri seperti Tanah Melayu, Patani, Indonesia, Kalimantan, Sulawesi, Brunei, Mindanao, Palawan, Riau dan Singapura adalah sebahagian daripada Nusantara. Melayu penduduk asal Nusantara. Pada asalnya mereka semua Melayu dan bertutur bahasa Melayu yang berpaksi pada bahasa Melayu Nusantara. Mereka mungkin bercakap dalam dialek Jawa, Tigalog, Bugis, Minangkabau, Aceh, Banjar dan banyak dialek lagi. Seperti orang Cina menggunakan dialek Hakka, Hokkien, Taucho tetapi mereka tetap berbahasa Cina. Melayu yang berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain dalam lingkungan alam Nusantara. Di mana juga mereka berada, mereka mengamalkan kebudayaan yang berakar umbi dari negeri-negeri alam Nusantara. Mereka berint

Ahli UMNO melihat mereka adalah pemimpin genarasi baru

Dalam membuat keputusan, ahli-ahli UMNO sudah mengkaji segala aspek mengenai seseorang calon yang bertanding dan memikirkan sedalam-dalamnya siapakah yang selayaknya untuk bergandingan bagi menerajui parti dan kerajaan. Kerana Najib dan Muhyiddin mempunyai kewibawaan tersendiri. Atas dasar inilah mereka dipilih oleh akar umbi. Mungkin ahli UMNO melihat mereka adalah pemimpin generasi baru tetapi telah dibentuk dalam satu tradisi dan proses kematangan politik yang cukup untuk meneruskan perjuangan UMNO serta kepimpinan negara. Pic Mesyuarat MKT UMNO 26.09.08

Jangan memperkecilkan kewibawaan ahli-ahli UMNO menentukan kepimpinan

Apa yang mendukacitakan ialah ada usaha untuk memperkecilkan kewibawaan ahli-ahli UMNO menentukan kepimpinan mereka apabila pencalonan yang diperolehi oleh Najib dan Muhyiddin dalam mesyuarat bahagian yang sedang berlangsung sekarang turut dikaitkan dengan peranan Dr Mahathir. Tafsiran itu berlaku kerana bekas Presiden UMNO secara terbuka di Melbourne melahirkan keyakinan bahawa gandigan Najib dan Muhyiddin mampu mentadbir negara dengan baik. Pic: Mesyuarat MKT UMNO 26.09.08
Dalam aspek pentadbiran, ia adalah sesuatu yang Najib sepatutnya mampu untuk uruskan. Najib hanya akan mengambil alih kepimpinan negara pada bulan Mac 09. Najib sudah berpuluh-puluh tahun dalam Kabinet dan merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang disegani. Jesteru itu , tidak wajar jika ada mana-mana pihak cuba memperkecilkan kewibaan Najib dengan menganggap beliau akan mengikut telunjuk sesiapa dalam kepimpinannya. Pic: Mesyuarat MKT UMNO 26.09.09

Barisan kepimpinan dan Ahli UMNO tidaklah sebodoh mana untuk mengikut telunjuk sesiapa untuk menentukan calon

Realiti politik menunjukkan bahawa UMNO memerlukan perubahan kepimpinan dan ia bukan sahaja disuarakan olih Dr Mahathir malah sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong UMNO juga mempunyai pandangan yang sama. Justeru kalau perubahan, Ini bukan bermakna Dr Mahathir yang menjadi perangcang atau penentu kepada peningkatan populariti sesiapa, sebaliknya ia selaras dengan kehendak banyak pehak. Malah dari satu segi, barisan kepimpinan dan ahli UMNO tidaklah sebodoh mana untuk mengikut telunjuk sesiapa bagi menentukan calon yang harus menjadi pemimpin utama. Pic: Mesyuarat MKT UMNO 26.09.08.

Jangan ada Sindrom penafian dan tidak mahu melihat realiti politik.

Untuk mengaitkan Dr Mahathir sebagai perancang atau menjadi penentu meningkatkan populariti Najib bukan sahaja tidak wajar malah hanya dilakukan oleh kelompok yang mempunyai kepentingan peribadi. Tafsiran sedemikian dilakukan oleh mereka yang masih lagi berada dalam sindrom penafian dan tidak mahu melihat realiti politik. Pic: Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO 26.09.08

Tun Dr Mahathir menafikan bahawa beliau adalah "perancang Utama" dalam meningkatkan populariti TPM sebagai pemimpin masa depan negara

"Dia (Najib) adalah orang dia sendiri... dia bukan orang saya. Idea (cakap-cakap) mengatakan dia orang saya adalah mengarut. Saya bukan perancang utama disebalik perlantikan Perdana Menteri baru kerana Najib adalah orangnya sendiri. Tidak semestinya dia akan mendengar cakap saya," Katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah bertajuk Identiti Kebangsaan dan Perkongsian Kuasa di Universiti Petronas 16.10.08. " Saya dah putuskan bahawa saya akan berkerjasama dengan sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO," Pic: Mesyuarat Kerja Tertinggi 26.09.08

Bertanding kerana visi , bukan menjadi pelawak

Kira-kira 20 tahun lalu, pemimpin dan hampir sejuta ahli biasa UMNO mencabar Presiden UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO. Pada 1978, Haji Sulaiman Palastin mencabar Datuk Hussein Onn. Sulaiman mendapat 250 undi sementara Hussien mendapat 898 undi. Ketika itu, Sulaiman disifatkan memecah tradisi UMNO yang beranggapan jawatan tertinggi parti adalah tradisi turun temurun yang tidak akan ditandinggi. Walau pun Sulaiman sebagai ahli biasa UMNO tetapi dirinya adalah seorang yang cukup popular dan penuh kontroversi. Dia juga adalah bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1964-1965. Undi yang di perolehi sebanyak 250 ini disifatkan sebagai undi protes sehingga menyebabkan Hussien menyendari hakikat perlunya perubahan dalam kepimpinan UMNO ketika itu. Ahli dan pemimpin UMNO seharusnya sedar dengan situasi politik masa kini. dalam keadaan UMNO yang begitu payah untuk meraih sokongan kembali terutamanya dikalangan pengundi jangan bersikap menjadi tukang karut atau tukang lawa

Info- Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Tun Dr Ismail merupakan pemimpin UMNO yang menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun tidak memegang jawatan Naib Presiden dalam parti UMNO. Allahyarham Tun Dr Ismail dilantik mengisi kekosongan jawatan itu apabila dipelawa oleh Tun Abdul Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Tengku Abdul Rahman. Tun Dr Ismail memegang jawatan TPM dari 22hb. September 1970 hingga 2hb . Ogos 1973. Beliau meninggal dunia semasa masih menjawat jawatan tersebut dan disemadikan di Makam Pahlawan, Misjid Negara . Beliau merupakan pahlawan negara pertama dikebumikan disitu. Pic: Mesyuarat Bahagian UMNO Bandar Tun Razak .

"Jangan uji kesabaran orang Melayu" Syed Ali Alhabshe

Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera bertindak ke atas pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang semakin berani mencabar sikap bertolak ansur kerajaan dan melakukan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. KDN tidak perlu mengambil sikap 'tunggu dan lihat' kerana perlakuan anggota kumpulan Hindraf sudah sampai ke tahap yang benar-benar menguji kesabaran orang Melayu dan umat Islam apabila melakukan kekacauan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PM dan Menteri-Menteri Kabinet. Mereka mencemari perayaan umat Islam dan perlakuan biadab dan kurang ajar itu amat menyinggung perasaan orang Melayu di negara ini. Pic: Majlis Peresmian Mesyuarat Bahagian Bandar Tun Razak di PWTC pada 11.10.08