Skip to main content

'Melayu baru' dalam parti selalu digambarkan dengan kata-kata besar (angkuh) , kedudukan tinggi, kenderaan mewah...duet, jangan percaya ....

Pada konsep Melayu baru seperti itu. Terutama dalam hal duet yang selalu dikaitkan dengan pemilihan parti. Biar tidak menang dalam pertandingan, tetapi jangan terlibat dalam politik wang. 'Membeli hati dan membeli undi' yang sudah membudaya dalam UMNO. Sekiranya parti hendak diletakkan dilandasan yang benar dan parti terbesar orang Melayu itu ingin terus hidup, politik wang hendak lah ditolak sama sekali. Kita kena berubah, Apa yang ditunjukkan pada pilihanraya 8 Mac 08 lalu sepatutnya membuka mata kita. Keputusan PRU 12 sebagai gelombang pertama. Pada tahap ini sudah jelas rakyat memprotes. Jangan sampai kepada gelombang kedua , rakyat menolak parti kita UMNO. Politik wang telah menjadi isu setiap kali ada pemilihan. Beberapa pemimpin terdahulu dari ini telah mencuba habis-habisan untuk memerangi gejala negatif ini. Malangnya duet masih dijadikan prasyarat untuk seseorang itu perlu dicalonkan atau tidak. Bermula peringkat cawangan, bahagian dan pertandingan pusat, wang mengalir tanpa dapat dikawal. Ini menyedihkan. Orang UMNO yang terlibat tahu perkara ini tidak dapat dihentikan. Orang diluar UMNO (raayat) pula lihat gelagat melampau yang terjadi dalam parti. Mereka tahu ada yang habis ratus-ratus ribu untuk kempen.
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...