Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Janji Selesai Empat hari - Pembeli PKR Peter Brickworks Tuntut Janji MB ...

SHAH ALAM 15 Nov.- Kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 berkumpul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan masalah rumah mereka yang masih belum dibina pihak pemaju. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1, S.Sugumaran, pihaknya telah bertemu dengan Menteri Besar pada 16 Jun lalu semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam empat hari. “Selepas lima bulan masa berlalu namun tiada sebarang tindakan konkrit telah diambil oleh mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah kami. “Kita telah empat kali menghantar surat kepada Menteri Besar iaitu pada 13 Jun, 19 Ogos, 26 September dan terbaru 8 November namun masih tiada jawapan bagi surat-surat tersebut,” ujarnya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di sini hari ini. Tambahnya, pihaknya hairan mengapa Menteri Besar mengambil masa

Dolak Dalih Ronnie Gamatkan Dewan.mp4

Shah Alam - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam menjadi hangat apabila YB Wong Kun Moon (BN- Kuala Kubu Bharu), Mempersoalkan tindakan Exco, Ronnie Liu kerana sering berdolak dalih apabila isu penguatkuasaan pusat hiburan dibangkitkan. Ronnie dikatakan menuding jari terhadap polis kerana didakwa gagal memberi kerjasama penguatkuasaan pusat hiburan. Kun Moon berkata, beliau sedia membawa Ronnie meninjau kawasan pusat hiburan tersebut jika benar polis enggan bekerjasama seperti yang didakwa ADUN Pandamaran itu. "Bagaimana Exco (Ronnie) tahu polis tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan PBT yang sepatutnya bekerjasama dengan mereka. "Pusat hiburan ini dibawah kuasa PBT, polis tidak akan tahu sama ada pusat hiburan itu ada lesen atau tidak", katanya. Sementara itu, YB Datuk Johan Abd Aziz (BN - Semenyeh) mendakwa, terdapat 21 pusat hiburan seperti karaoke, snuker dan permainan video dikesan dikawasannya membabitkan Taman Tasik semenyeh

Kemelut Ladang Lembu NFC YB Datuk Seri Noh Omar

Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Zuraidah “Mak Lampir”, memang payah nak mengajar “lembu-lembu” ini untuk memahami isu sebenar di sebalik kemelut ladang lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Sebaliknya ketiga-tiga ekor “lembu” ini memilih untuk terus menjadi dungu dari memilih untuk berfikir secara adil dan rasional. Ketiga-tiga ekor “lembu” itu marah-marah dan membuat kenyataan akhbar mengenai kemelut NFC di lobi Parlimen baru-baru ini. Dalam kenyataan mereka tersebut, mereka menyalahkan kerajaan kononnya mengamalkan krosnisme dan nepotisme kerana memberikan kelulusan projek bernilai lebih RM250 juta itu kepada suami dan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kemudian, mereka mempersoalkan tentang jumlah pinjaman (soft loan) sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Kononnya, jumlah tersebut terlalu banyak dan melibatkan wang rakyat. Tanpa disedari, tuduhan itu dilakukan di lobi parlimen dan sekiranya tidak benar, maka ia bakal mendedahkan ketiga-tiga ekor “lembu” i

satim diman

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata, Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah retorik daripada Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Menteri Besar pada 20 Oktober 2008, iaitu bajet pertama kerajaan pakatan pembangkang yang menjadi landasan penting hala tuju pentadbiran mereka dan bajet-bajet berikutnya pada 2010, 2011 dan 2012. “Dalam konteks ini, saya ingin memfokus kepada satu isu asas iaitu Manifesto PRU 12 dan penekanan ketiga-tiga bajet 2009 – 2011 untuk mewujudkan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab selaras dengan prinsip-prinsip urus tadbir baik ’good governance’. Menteri Besar sendiri, dengan imej tokoh korporat tersohor negara, selalu menggembar-gemburkan pentadbiran berwibawa, telus, adil selaras dengan prinsip tadbir urus baik. “Dalam Bajet 2009, Menteri Besar telah mempersoalkan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menjadikan negeri Selangor Negeri Maju pada 2005, menuduh pentadbiran Kerajaan BN tid

DAP Hanya Mempergunakan Orang Melayu Untuk Mendapat Pengaruh - Pak Ghah ...

Pertemuan eksklusif Saudara Faizal daripada Sahabat-Gunong bersama Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong di Bota, Parit Perak baru-baru ini memberikan peluang untuk mendalami pengalamannya yang pernah bersama dalam perjuangan DAP di Perak, sehingga beliau dipilih sebagai orang Melayu yang bertanding di Pilihan Raya Umum di DUN Bota Perak. Pertemuan tersebut diaturkan Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria di kediaman Pak Ngah di sebuah hutan di pinggir daerah Bota, Perak. Bota, Perak- Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong, mengakui pilihannya pada tahun 1978 untuk memasuki parti politik berhaluan kiri, DAP yang akhirnya membuka ruang kepadanya untuk menjadi calon DAP di DUN Bota, Perak. “Ketika itu, memang DAP mula mahu mengembangkan sayap mereka, termasuk mahu mendapatkan pengaruh dari orang-orang Melayu. Ketika itu, DAP sedang menubuhkan Biro DAP di Luar Bandar dan kami sebagai calon ini secara automatic menjadi ahli jawatan

Siapa Zairil Yang Pergunakan Nama Khir Johari????

DAP kononnya akan meletakkan seorang calon melayu mewakili parti itu di Pilihan Raya Umum akan datang. Calon tersebut adalah pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bernama Zairil Khir Johari. Apa yang menjadi persoalan saya, adakah Zairil ini seorang Melayu? Layakkah dia dipanggil Melayu? Saya telah mencari pelbagai maklumat mengenai Zairil di internet tetapi hasil yang saya perolehi adalah Zairil hanyalah anak tiri kepada bekas pejuang UMNO iaitu Khir Johari. Ini bermakna, dia hanyalah anak tiri kepada Khir Johari. Ibunya seorang Cina dan bapanya tidak diketahui. Adakah kerana dia anak tiri kepada Khir Johari maka dia boleh dilabelkan sebagai seorang Melayu? Bukannya saya bermaksud rasis di sini tetapi sikapnya sama sekali tidak mencerminkan seorang Melayu. Apatah lagi dia seakan memperkecilkan parti UMNO yang menjadi perjuangan bapa tirinya itu. Secara tidak langsung, Zairil memalukan nama besar Tan Sri Khir Johari. Jasa bapa tirinya itu terlalu besar kepad

Laksanakan Dahulu Negeri Yang Mereka Kuasai Berhentikan Separuh Daripad...

“Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah satu cadangan yang baik, laksanakan dulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi. ”Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini,” ujar Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Ab Samad, mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini. Tony Pua dalam kenyataannya seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu berkata kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak effisen seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan. Menurut Shahrir apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kononnya kerajaan yang ada sekarang adalah se

Usul Potong Gaji PM - Jolok Sarang Tabuan - Ibrahim Ali.mp4

Ibrahim yang turut membahaskan usul terus menempelak pembangkang kerana kemukakan usul yang sah berniat jahat apabila turut mengaitkan kes pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes mendiang Teo Beng Hock. Katanya, kes itu sudah selesai malah Suruhajaya Siasatan Diraja sudah mendengar kes itu. “Ini benar-benar jahat,” kata Ibrahim yang turut menyerang DAP kerana mengaitkan Perkasa dalam usul memotong gaji Perdana Menterki itu. Ibrahim turut membangkitkan isu lelaki yang melanggan pelacur China yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didedahkan Trio Datuk T. Menurut Ibrahim, mereka yang dedahkan video itu sudah dihukum tetapi pelakon dalam video yang mengadakan seks dengan pelacur tidak didakwa.“Kita minta siasat siapa pelakon dalam video yang mirip ketua pembangkang itu,”