
Kepimpinan BN perlu berbincang sama ada perlu diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kerana ia dilihat semakin tidak relevan ketika ini. Ini kerana dalam situasi politik semasa, beberapa peraturan atau jawatan penting perlu dirombak dasarnya bagi memastikan kestabilan politik itu dapat diterima baik oleh semua pihak. Baru-baru ini, MCA yang merupakan antara parti komponen dalam BN meminta supaya diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN Kedua untuk mereka setelah jawatan Timbalan Pengerusi BN selama ini di pegang pemimpin UMNO. Hasrat yang dicadangkan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai itu memerlukan BN terutamanya UMNO mengkaji semua dasar BN yang selama ini dipersetujui bersama sebelum terbentuknya perikatan tersebut. Dalam memikirkan cadangan ini, tentu sahaja ia akan mendatangkan banyak reaksi daripada parti komponen yang lain yang mahu jawatan tersebut dimiliki mereka. MIC misalnya sudah tentunya mahukan jawatan yang sama dengan alasan mereka juga merupakan antara pelopor kewujudan BN. Pic: Majlis Peresmian 11.10.08 di PWTC

Comments