Skip to main content

Pada pandagan Ku li adakah landasan perjuagan UMNO sekarang berkaitan hak nasib bangsa Melayu masih seperti dahulu? SK bil 153 29.10.08 muka 16

Ku Li: Lepas PRU 12, jelas rakyat dan majoriti orang Melayu menolak UMNO. Di Kelantan dalam 95 peratus penduduknya adalah orang Melayu, begitu juga dengan penduduk di Kedah dengan lebih 90 peratus penduduk disana adalah orang Melayu. Maknanya kerajaaan Barisan Nasional di Kedah ditolak oleh Orang Melayu. Di Kelantan lama dah BN di tolak. Di Terengganu pun kerajaan negeri sana sudah terumbang-ambing. Begitu juga dengan Johor yang merupakan negeri kubu kuat UMNO sejak bertahun-tahun kini sudah semakin kurang berpengaruh dan tidak seperti dahulu. UMNO sudah semakin dipertikai sebagai kuasa politik utama di Johor. Di Selangor, Perak di Pulau Pinang walaupun bukan majoriti besar disana, pemimpin UMNO dan BN sudah ditolak. Ini jelas Orang Melayu dan bukan Melayu memang tidak senang hati dengan pemimpin BN yang diterajui UMNO. Dari situ kita dapat tafsirkan perjuagan Parti UMNO dan BN tidak memenuhi hasrat dan kemahuan rakyat di negeri-negeri berkenaan, termasuk orang Melayu yang merupakan golongan terbesar yang menolak BN dan UMNO. Jika tidak mana mungkin terjadi keputusan demikian rupa. Ini penting, maka itu jangan pandang sangat terhadap apa yang berlaku di dalam UMNO tetapi harus meneliti pandangan orang luar. Kalau perlu di ubah, kena ubah sebab kita berjuang untuk orang ramai bukan untuk beberapa kerat pemimpin sahaja. Kalau kita bergerak sebagai persatuan sepak takraw, kalau kita hanya pandang kepada diri kita sahaja mana kita nak menang dalam perlawanan sepak takraw. Tetapi sebagai parti politik kita kena berpijak dalam dunia nyata,kena ambil kira pandagan orang ramai kerana tanpa mereka kita habis dan tiada lagi. Pic: Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa pada 25.10.08 di hotel Nikko
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun