Skip to main content

Jangan Persoalkankan Hak Orang Melayu Serta Tidak DiperlekehKan



BEBERAPA orang Sultan melahirkan kebimbangan berhubung isu ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang. Antara yang bertitah mengenai isu itu ialah Sultan Selangor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Sultan Pahang dan terkini Sultan Johor.

Baginda semua berkongsi pandangan bahawa hak orang Melayu tidak harus diperlekeh, menyeru umat Melayu-Islam bersatu hati dan mempertahan perkara yang melindungi ketuanan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Jarang kita mendengar begitu ramai Sultan bertitah sedemikian. Hal ini menggambarkan kebimbangan Raja-Raja Melayu mengenai nasib yang menimpa umat Melayu yang menjadi teras perpaduan negara. Isu ini timbul lantaran salah faham berhubung konsep ketuanan Melayu sehingga menimbulkan polemik oleh parti pembangkang khasnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi konvensyen mereka, baru-baru ini.

Ketuanan Melayu dianggap mereka sebagai penguasaan elit oleh segelintir orang Melayu yang berkuasa untuk mempertahankan status-quo mereka. Ketuanan Melayu dikatakan timbul pada 1980-an apabila segelintir politikus menyebut perlunya ketuanan Melayu dipertahankan.

Dalam hal ini agar isu ini tidak terus dipolitik dan disalahertikan, saya menyokong penuh titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mencadangkan ketuanan Melayu ditakrifkan kembali sebagai kedaulatan Melayu.

Kamus Dewan edisi keempat mentakrifkan kedaulatan sebagai kekuasaan yang tertinggi. Kedaulatan lebih tepat berbanding ketuanan kerana ketuanan disalahertikan sebagai tuan dan hamba, manakala kedaulatan adalah mengenai hubungan antara Raja Melayu yang berdaulat dan rakyat jelata.

Kedaulatan Melayu sememangnya ada dinyatakan dalam Perlembagaan Negara, isu berkaitan Kedaulatan Melayu ini dalam Perkara 3 Fasal 1, Perkara 11 Fasal 4, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160 Fasal 2, dan Perkara 89. Perkara 3 Fasal 1 adalah berkaitan dengan Islam sebagai agama rasmi, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama dan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama negeri-negeri tidak beraja.

Kedaulatan Melayu, seperti dititah oleh Sultan Johor, bukan bererti kita mengetepikan kaum lain di negara ini atau orang Melayu hendak berlagak menjadi tuan yang lain menjadi hamba atau pengikut. Kedaulatan Melayu berakar umbi daripada sejarah tanah air kita sendiri.

Apabila Raja-Raja Melayu bersuara, dengan pantas parti pembangkang juga menyuarakan mereka menyanjungi kedaulatan Melayu. Namun apa ertinya sokongan itu jika tidak diterjemahkan dalam tindakan sebenar.

Supaya kedaulatan Melayu tidak lagi dipersoal oleh mana-mana pihak, saya mengesyorkan undang-undang khas bagi mempertahankan segmen ini digubal dalam Perlembagaan Negara.ISU ketuanan Melayu kini menjadi buah mulut masyarakat di negara ini. Ironinya jika sebelum ini hak istimewa orang Melayu dipersoalkan individu bukan Melayu tetapi kini perkara ini dihangatkan individu bergelar anak Melayu sendiri.

Amat malang kepada agama dan bangsa, apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan faktanya pula mahu diubah orang Melayu.

Sudah banyak kali isu ketuanan Melayu ini diperdebatkan. Hakikatnya, isu ini tidak perlu timbul kerana Malaysia dibentuk berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948.

Perlembagaan ini bukannya dirangka secara suka-suka semata-mata untuk memenuhi keperluan untuk bergelar sebagai sebuah negara yang merdeka.

Sebaliknya Perlembagaan Persekutuan adalah hasil pemikiran dan persetujuan yang mengambil kira kepentingan bersama khususnya bagi beberapa kaum utama di negara ini.

Adalah tidak wajar apabila wujud generasi kedua dan ketiga dengan tegar mempersoalkan isu sensitif seperti hak ketuanan Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Kekontangan pengetahuan berkaitan Perlembagaan Negara mungkin menjadi punca berlaku senario ini.

Mungkin kebanyakan masyarakat di negara ini tidak mengetahui isi kandungan Perlembagaan Negara.

Meskipun Rukun Negara menjadi pegangan masyarakat di negara ini dan keluhuran Perlembagaan digariskan satu daripada kandungannya, tetapi masih ramai yang kabur akan kandungan dan peranan Perlembagaan Negara.

Maka, inisiatif Kementerian Pelajaran untuk memperkenalkan subjek Sejarah pada peringkat sekolah rendah bermula 2014 adalah satu tindakan yang wajar dan harus dipuji.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun