Para pemimpin pembangkang mengambil langkah yang bodoh membelakangkan demokrasi berpalimen dengan menganjur atau menyertai perhimpunan haram anti ISA. Apakah tidak mereka itu berjaya menghentikan ISA? Adakah tidak terfikir oleh mereka bahawa tindakan mereka itu menimbulkan huru-hara serta memberi pandagan pandagan negetif masyarakat dunia terhadap Malaysia. Krisis ekonomi dunia yang melanda dunia dan tidak terkecuali Malaysia perlu sama-sama dihadapi demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Pastinya pemikiran dan tindakan sedemikian menambahkan keburukan kepada ekonomi negara. Mengapa pemimpin-pemimpin ini di pilih oleh rakyat, adakah rakyat juga salah dalam memilih pemimpin-pemimpin itu? sama-sama kita fikir dan renungkan. Jangan kita jadi pengikut yang tengelam bersama labu-labunya.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments