Skip to main content
Biar pun perbagai andaian dan telahan telah dilempar terhadap UMNO akibat insiden gagal memenangi beberapa kerusi Dewan Undagan Negeri Dan Parlimen PRU 12 lalu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa dan hilang punca. Orang Melayu sebenarnya masih ramai lagi yang mempercayai bahawa UMNO adalah landasan yang terbaik untuk membela dan memperjuangkan nasib anak bangsanya. Namun begitu, kita terpaksa akur bahawa terdapat juga beberapa perkara penting, dimana kita terlepas pandang dan kesilapan yang kita sendiri lakukan, semasa kita berada didalam keadaan yang selesa dahulu. Signifikannya, UMNO tidak pernah berdosa terghadap Orang Melayu, Jika adapun, Mungkin atas kesilapan yang dilakukan olih kita sendiri semasa kita membuat keputusan. Hakikatnya UMNO mesti dipulihkan secepat mungkin, dan kita l;ah yang sewajib nya menjadi nadi untuk memperbetulkan semula keadaan. Bumi mana yang tidak di timpa hujan dan lautan mana yang tidak dilada badai taufan. " Kenyatan daripada ketua UMNO Bahagian Selayang, Selangor YB Abdul Shukur Bin Idrus
Posted by Picasa

Comments