Saya amat terharu dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan Negeri PAS dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan ISLAM. Menteri Besar Kelantan itu berharap perselisihan pendapat yang timbul dikalangan pemimpin politik terutamanya antara UMNO dan PAS sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semagat persaudaraan sesama ISLAM. Maka tepatlah ramalan banyak pihak bahawa "Tuan Guru Nik Aziz seorang ulamak" yang berpandagan jauh dan bila tiba masanya, akan melupakan sengketa lama demi perpaduan umat ISLAM Malaysia dan kepentigan negara serta dalam rangka untuk membanggunkan bidang ekonomi dalam segenap bidang.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments