Skip to main content

Tidak Pernah Perpaduan itu Merugikan Sebagaimana Tidak Pernah Perpecahan Itu Menguntungkan

Kerajaan perpaduan adalah cadangan PAS yang disambut baik dan terbuka oleh Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri. Bila dibawa bincang dengan DAP & PKR tentulah mereka tidak bersetuju. Jadi baik dan afdal sekali jika PAS bincang dengan UMNO/BN halangan utama untuk Pas berbincang UMNO/BN sebelum ini ialah Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz . Sekarang pintu rundingan terbuka sekali lagi bila Dato Nik Aziz setuju untuk berbaik antara kerajaan negeri dan pusat. alahkah bahagia dan bersyukur pencinta perpaduan terhadap berita ini. Jika ada sinar harapan perpaduan dan semagat berbaik antara dua parti politik Melayu yang terbesar ini, maka yang untung bukan hanya sesama bangsa Melayu, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhan.Percayalah bahawa tiada untungnya berpeah dan berbalah pagi petang siang malam subuh senja di segenap penjuru negara ini. Manek Urai adalah contoh orang Melayu terbahagi dua , hampir sama antara UMNO dan PAS. Hentikan perpecahan UMNO dan PAS yang merugikan... sesungguhnya persaingan kita bukan antara UMNO dan PAS tapi adalah antara Malaysia dengan seluruh negara2 lain dalam dunia. Ketika keributan dan kegawatan ekonomi yang dahsyat, yang penting ialah rakyat bukan kepentingan parti yang sempit... tidak pernah perpaduan itu merugikan sebagaimana tidak pernah perpecahan itu mengutungkan.(kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia YB Ahmad bin Maslan Merangkap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Meneteri 26/0709
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...