Skip to main content

Kerjasama Dengan DAP - PAS Untung-Menguntungkan PAS tidak bermakna ia menguntungkan Islam



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media pada 13 Oktober 2012 yang lalu mengakui hasil bersekedudukan dengan DAP telah memberi pelbagai keuntungan kepada PAS, antaranya termasuklah membolehkan PAS menguasai Perak. Beliau juga mengesahkan kejayaan PAS menawan Kedah dan Kelantan dalam PRU 12 yang lepas adalah berkat adanya kerjasama politik dengan DAP. Kelihatannya seperti Hadi memperakui tanpa bantuan DAP, PAS tidak mungkin menawan Kedah dan sukar untuk mengekalkan Kelantan.

Jelas dari kenyataannya itu, Hadi memperakui hasil kerjasama dengan DAP hanya menguntungkan PAS dan tidak pula beliau menyatakan bahawa hasil kerjasama songsang itu telah memberi manfaat pada Islam dan umatnya atau sebaliknya. 

Menguntungkan PAS tidak bermakna ia menguntungkan Islam. Bukan begitu? Memang benar kata Hadi bahawa hasil hubungan terlarang parti pimpinannya dengan DAP telah memberi nikmat keuntungan duniawi buat memuaskan hati dan mengisi tembolok pemimpin PAS.

Dari segi keuntungan diri sendiri, memang ramai pemimpin PAS yang memperolehi manfaat termasuklah secara tiba-tiba menjadi orang kaya baru serentak dengan perlantikan sebagai Yang Berhormat. Masing-masing berpeluang menyandang jawatan berprestij dalam agensi dan jabatan negeri dengan gaji yang lumayan dan berkali ganda lebih besar berbanding kerjaya sebelumnya.

Kereta MB dan exconya pula bertukar ganti dan rumah wakil rakyat pula berubah dari kecil menjadi sebesar-besarnya. Di masa yang sama ada juga yang berpeluang menikmati pendapatan tambahan melalui komisyen dari pelbagai projek dan tender kerajaan. Namun dari segi manfaat untuk umat dan agama Islam itu sendiri, hakikatnya telah banyak yang tercabar, tercalar dan terjejas dek kerana PAS terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam.

Sejak 4 tahun lalu, para pemimpin DAP semakin berani mempertikaikan pelbagai hak dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam kerana yakin mereka telah berjaya menundukkan PAS tambahan pula dikalangan pemimpin PAS sendiri terlalu kerap tunduk patuh pada semua tuntutan DAP.

Gara-gara keterlanjuran PAS terlalu mahu menjaga hati pemimpin DAP, impaknya menyebabkan kalimah Allah s.w.t tercabar kesuciannya malah sengaja digadaikan oleh pemimpin PAS demi untuk memenuhi tuntutan DAP yang mahukan kalimah tersebut diguna sama oleh pendakwah kristian.

Laungan azan dan bacaan ayat suci Al-Quran sementara menanti masuknya waktu Subuh kini kian dipertikaikan oleh rakan sepakatan PAS, semuanya atas dasar hak asasi manusia manakala di pihak PAS pula tanpa berselindung terus saja tunduk memperlahankan laungan azan dan bacaan Al-Quran.

Manakala itu, tradisi perarakan Maulidur Rasul yang sudah berpuluh tahun tidak pernah dicuit atau dipertikaikan, tiba-tiba sahaja dipersoalkan oleh rakan sekedudukannya kemudian tak semena-mena dibatalkan tanpa sedikitpun dipertahankan oleh pemimpin PAS. 

Pendakwah Kristian dan pemimpin politik Cina DAP juga semakin berani mendekati orang Melayu Islam sambil menawarkan bantuan kebajikan sambil menerap nila-nilai Kristianiti, kesannya masalah murtad yang suatu ketika dulu pernah menjadi musuh utama PAS kini bagai dipandang sepi saja.

Tidak cukup dengan cabaran-cabaran sedemikian, PAS juga gagal ke depan mempertahankan dasar dan polisinya berkaitan hukum hudud dan negara Islam. Demi kerana DAP, kedua-duanya tak mampu disenaraikan dalam buku jingga malah dalam bajet 2013 pakatan pembangkang juga perihal agama Islam bagaikan tercampak ke tepi.

Jika beberapa senario di atas masih dianggap oleh Hadi amat menguntungkan PAS, benarlah kata-kata itu kerana ia memang menguntungkan PAS dari segi untuk kepentingan diri pemimpinnya, namun di masa yang sama hakikatnya Islam dan umatnya sejak 4 tahun lalu terus menerus mengalami kerugian. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun