Skip to main content

Isu Tanah YBK: Percubaan Memperkasakan Cina Dan Mengenepikan Melayu


Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.  Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.
PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor. PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.  Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang diadakan. 
Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara universiti yang mengenakan yuran paling murah tertakluk kepada pendapatan ibubapa pelajar. Berdasarkan hakikat ini, tindakan kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba mencampuri urusan dan merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan kemusykilan di kalangan rakyat. Namun, kemusykilan ini kini terjawab dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di bawah:
Cuba baca surat dari Elizabeth Wong ni... Inilah rahsia sebenar regim DAP Selangor cuba merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan terbongkar. Rupa-rupanya nak bina Pusat Kebudayaan Cina. Allah tidak makbulkan dan rakyat Selangor, sedarlah...
Antara kandunganya: 
Dimaklumkan bahawa saya memohon kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan Selangor iaitu HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Diharap pihak YAB Tan Sri Dato’ Seri maklum akan perkara ini.  Perhatian dan kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sungguh mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin lebih tepat mengarahkan Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Dan dari apa yang dicatatkan dengan tulisan tangan di surat tersebut, iaitu ‘sudah dibincang, sila uruskan’, menunjukkan yang ianya tidak mendapat bantahan di pihak Khalid. 
Persoalannya, apakah alasan bagi Khalid mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang menjadi hak rakyat miskin melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan Cina?  Atau apakah signifikannya Pusat Kebudayaan Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat miskin?
Tidak mustahil yang sebenarnya digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan pembinaan UiTM di tanah itu kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum Cina terhadap universiti yang sinonim dengan bangsa Melayu ini.  Sebolehnya, mereka mahu universiti itu dihapuskan atau dibuka luas kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial tanpa mengambilkira tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.   
Atau mungkin juga ini adalah sekadar salah satu dari ‘ujian’ terhadap Khalid bagi mengukur tahap ‘kesetiaannya’ kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia berkorban segala hak dan harta benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum Cina tanpa banyak soal?   Jika ya, nampaknya walaupun Khalid telah mendapat markah penuh dari segi kesetiaan, beliau telah gagal dari segi perlaksanaan. 
PR selama ini begitu bangga mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan korporat mengambil pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat juga.  Melalui pendekatan ini, matlamat utama ialah keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah kepada rakyat keseluruhan. 
Dengan itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu luas, mampu membawa keuntungan kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan pusat komersial.   Bagi Khalid, visi dan misi YBK untuk menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat miskin dilihat sebagai tidak produktif dan merugikan.  Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor yang semakin hari semakin mahal berbanding di era pemerintahan Barisan Nasional. 
Dalam hal ini, mungkin ada yang merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah ‘semulajadi’ berdasarkan pasaran. Namun, hakikatnya, tanah sebelum ini tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN sebelum ini menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi membolehkan pemaju membina rumah yang lebih murah.  Tetapi, kerajaan PR hari ini meletakkan harga tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri mengaut keuntungan.  Dari situ, pemaju kemudiannya terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi memastikan keuntungan di pihak mereka pula.  Akibatnya, rakyat dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak lagi mampu memiliki rumah walaupun sekadar teres biasa. 
Oleh itu, rakyat Selangor wajar melihat isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas dan mendalam.  Ia bukan sekadar isu tanah orang miskin yang ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran agenda dan taktik DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan di bumi Malaysia ini. 



Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun