Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu. Serentak dengan itu juga, Hasan menobatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam. Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas. Nik Abduh, yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS. Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya menerajui PAS, sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendiri bukan lagi seorang ahli parti. Secara umumnya bagi pemimpin dan ahli PAS serta penyokong mereka, apabila Hasan menimbulkan polemik soal siapa pengganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS maka ia dianggap sebagai satu propaganda politik untuk memecah belahkan barisan kepimpinan parti itu. Malah apabila pemimpin PAS Kelantan yang juga ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang secara sinis menyuruh Nik Aziz berundur atas faktor sudah lanjut usia dan masalah kesihatan, pun jua dikatakan hanyalah propaganda semata-mata. Bak kata Pesuruhajaya PAS Johor, Dr. Mahfodz Mohamed, kepimpinan Nik Aziz tetap diperlukan oleh parti malah tiada cacat celanya. Maksudnya betapa sempurna sekalilah Nik Aziz sebagai manusia sampaikan sedikitpun tak timbul isu kelemahan atau cacatnya. Mulia sungguh. Pendek kata, seolah-olah bagi PAS, kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am parti itu sudah muktamad, tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dipertikaikan. Bunyi macam mereka mahu Nik Aziz kekal sampai mati sebagai Mursyidul Am PAS. Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman PAS yang dipetik oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan bahawa Nik Aziz sendiri menyatakan akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya. Jelas sekali, Nik Aziz masih terlalu amat menyayangi kuasa duniawi kalau boleh mahu saja dibawanya masuk ke liang lahad. Januari tahun ini pun sebenarnya, Nik Aziz telah menegaskan betapa tinggi gelodak nafsu duniawinya apabila secara terbuka mengakui akan mengekalkan jawatan dan khidmatnya sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS sampai mati atas alasan jawatan politik tiada had masa atau tempoh persaraan. Kiranya bagi Nik Aziz, dia sendiri dah mengakui amat bernafsu besar untuk terus menikmati kuasa duniawi sambil menongkat langit sampai mati sekalipun sejak bertahun lepas, untuk berjalan pun Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada bantuan tongkat.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All...
Comments