Skip to main content

Terbukti Guan Eng Abai Perumahan Bumiputera


Setelah Laporan Audit dibentangkan, Lim Guan Eng, Ketua Menteri tidak lagi boleh berdolak dalih kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap perkauman dan meminggirkan bangsa Melayu yang mewakili majoriti berpendapatan sederhana, rendah dan miskin di negeri itu.  

Terdedah kini, sejumlah RM33.36 juta Akaun Amanah Perumahan Bumiputera telah tidak dibelanja.   Jumlah ini adalah bersamaan dengan peningkatan 58% dari tahun sebelumnya iaitu RM21.11 juta.   Tindakan Guan Eng untuk ‘menyimpan’ peruntukan tersebut menunjukkan yang beliau begitu tega mempertahankan prinsip perkauman partinya.   Sedangkan, di masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang begitu giat membina dan merancang berbagai pembangunan lain.   

Bumiputera di Pulau Pinang seharusnya mengambil laporan ini secara serius kerana ia melibatkan survival bangsa di negeri tersebut secara keseluruhan dan jangka panjang.   Apakah kita sanggup melihat satu lagi negeri kita menjadi milik orang?  Walaupun DAP adalah parti politik di dalam Malaysia dan pemimpinnya warga Malaysia tetapi sikap mereka yang ingin mengenepikan bangsa lain di dalam pemerintahan menjadikan mereka sebagai penjajah.  

Kata orang, ada dua cara untuk menjajah sesuatu bangsa iaitu sama ada dengan ‘membunuh’ atau ‘merampas segala apa yang membentuk identiti bangsa tersebut’.   Oleh itu, dengan menyingkirkan semua bangsa lain selain Cina dari Pulau Pinang, DAP berharap dapat menghapuskan terus identiti bangsa asal, iaitu Melayu dari negeri tersebut.   Ini adalah konsisten dengan usaha mereka untuk mengubah sejarah termasuk cuba menunjukkan yang kaum Cina adalah antara pendatang awal ke negara ini.  

Tindakan ini boleh dibaca melalui apa yang dilakukan oleh ‘abang’ mereka di Singapura, iaitu PAP di mana sejarah negara tersebut yang bermula lama sebelum Parameswara (1344), dengan sedaya upaya  cuba dipadamkan mereka, hanya kerana ia membawa identiti dan bukti pendudukan dan kekuasaan bangsa Melayu.  

Sebaliknya, sejarah Singapura cuba ditulis semula dengan bermula dari tahun 1781 iaitu kedatangan Sir Thomas Stamford Bingley Raffles seorang negarawan British.   Ini menyerlahkan sifat kaum Cina itu yang tidak rela mengakui kekuasaan Melayu, walaupun ia hanya tinggal sejarah tetapi boleh menerima ketuanan barat.  Sifat yang sama kekal terpahat dalam diri Lim Guan Eng dan roh DAP secara amnya.  

Justeru, kaum bumiputera di Pulau Pinang wajar mengenali hati budi dan nurani Ketua Menteri dan parti yang memerintah mereka dengan sebaik-baiknya.   Segala tindakan Guan Eng di Pulau Pinang perlu dikaji dan diteliti kesannya terhadap kaum bumiputera dalam jangka panjang.    Agenda Guan Eng itu adalah jelas dan kezamannya untuk mencapai matlamat ‘ketuanan Cina’ di Pulau Pinang adalah benar.  

Bumiputera Pulau Pinang kini berhadapan dengan ancaman pengusiran secara halus.  Mereka bakal kehilangan segala-galanya dari tanah sehinggalah ke identiti dan juga maruah. Namun, semua ini boleh dihalang dengan membuat keputusan yang tepat dalam PRU yang akan datang.  Tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan diri kita sendiri.   Masa depan anda di tangan anda, iaitu di kertas undi.  Tepuk dada tanyalah minda, apa yang benar, apa yang dusta, apa yang kabur dan apa yang nyata.  Yang pasti, laporan audit adalah nyata dan penafian Guan Eng ternyata dusta.  Apakah ada yang masih ingin menafikannya?

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun