Skip to main content

POST-MORTEM PEMBACA BLOG Kenapa BN kalah?

Calon perlu diterima rakyat, Kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu merupakan satu lagi tamparan kepada Barisan Nasional (BN) . Selepas mengalami kejutan pada pilihan raya umum Mac 2008, ini merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil selepas kecundang di Permatang Pauh. Banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Kuala Terengganu. Salah satu dan tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dipinggirkan ialah soal calun. Ada banyak pendapat rakyat perlu pilih parti dan bukannya calon, Tetapi rasanya, zaman pilih parti dan ketepikan faktor calon sudah berlalu. Sebab itu dalam menghadapi pilihan raya, BN kena pastikan calon yang diletakkan benar-benar mempunyai kualiti pemimpin dan diterima oleh setiap ahli masyarakat. Faktor lain adalah: Tidak ada siapa akan memilih calon yang mereka tidak kenal untuk menjadi pemimpin. Apatah lagi jika calon itu tidak mesra dan jarang berada bersama mereka. Seorang pemimpin mesti diterima rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat. Khidmat yang diberikan pula tidak boleh bermusim. Ia perlu dilakukan sepanjang masa agar kehadiran mereka dirasai oleh rakyat. Jika pemimpin seperti itu terus dipilih oleh BN pada masa depan maka tidak mustahil sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kepada parti UMNO. Jangan memperlekehkan minda rakyat. Biar jauh dipedalaman, mereka juga mempunyai naluri dan kriteria tersendiri dalam memilih pemimpin. Pemimpin yang hendak dipilih ia sudah tentu individu yang boleh bersama mereka terutama ketika susah dan yang mampu menahan telinga mendegar masaalah dan rungutan mereka. Yang penting pemimpin pada mereka mesti boleh didekati. Oleh itu saya mencadangkan supaya BN bermuhasabah diri dan mengkaji adakah calon yang mereka letak pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu merupakan calon yang diterima rakyat ?, atau adakah kerana parti yang merasakan dia perlu dicalonkan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi?. Sepatut nya BN sudah mendapat pengajaran daripada pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pencapaian terburuk dalam sejarah (walaupun tidak kalah). Zaman rakyat memangkah dacing tanpa mengambil kira siapa calonnya sudah berlalu. Oleh itu BN kena berubah bersama perubahan ini. Pastikan calon yang dipilih adalah yang terbaik jika mahu terus kekal sebai parti yang memerintah.
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...