"Bukan perkara mudah melepaskan jawatan tetapi ia dibuat demi menghormati pandangan umum. Saya amat terharu dan bertuah apabila Datuk Seri Abdullah beri kepercayaan kapada saya" katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan taklimat khas bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO di PWTC pada 10hb.07.08. Kerelaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada beliau pada pertengahan tahun 2010. "Proses kepimpinan boleh dibuat dengan cara baik tanpa membelakangkan tradisi atau sesuatu yang membawa kepada imej negatif kapada UMNO atau pengundi," katanya. "Dalam tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri akan tentukan peranan dan perancangan, saya tetap menganggap beliau sebagai ketua saya," katanya. "Saya minta supaya sokongan padu diberikan kepada pencalonan Perdana Menteri sebagai Presiden parti dan saya rayu supaya pelan peralihan ini diterima parti kerana suara parti yang akan menentukan," katanya

Comments