
Bekas wakil rakyat DAP bagi Petaling Jaya, Dr Kua Kia Soong pula menegaskan bahawa " Ketuanan Melayu" merupakan imaginasi 'politikus yang mengambil kesempatan'. Pejuang Kemerdekaan sebenar merupakan golongan berhaluan kiri seperti Independent Malayan Party, Angkatan Pemuda Insaf dan Pengganas seperti Parti Komunis Malaya. Penulis buku Kontroversi 13 MEI 1969 itu berkata, British bersetuju memberikan Kemerdekaan Malaya kepada UMNO kerana UMNO Pro-British. Parti Perikatan di dakwa sebagai sesuatu yang di wujudkan British dalam agenda Neo Colonialist. Penyusunan semula masyarakat semasa darurat melalui sistem 'kampung baru' (new village) disifatkan Dr Kua sebagai 'kem tahanan' (concentration camps) dan merupakan agenda untuk menentukan orang keturunan Cina sentiasa dalam keadaan 'dikawal'. Dr Kua masih lagi mempertahankan bahawa UMNO merupakan golongan 'samseng' (hoodlums) dan peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 MEI 1969 merupakan angkara 'samseng' (hoodlums) dalam UMNO. Bagaimanapun, perbuatan biadap DAP berarak dan menghina Orang Melayu di Kampong Baru pula tidak langsung disebut sebagai punca rusuhan itu. Dr Kua "mahu kuasa pada Melayu dikurangkan dari semasa kesemasa (Malay control should be reduced in time)" dan mengutarakan konsep "Malaysian Malaysia". Dr kua juga menyifatkan sistem yang diamalkan oleh pemerintahan yang diterajui UMNO sebagai 'Fasis' (facist). Pembanggunan ekonomi orang Melayu selepas Merdeka pula disifatkan sebagai "kelas kapitalis Negara Melayu" (Malay state Capitalis class) terutama selepas keujudkan MARA, Bank Bumiputra, Tabung Haji, Program Asasi Sains UM dan Matrik USM yang menguntungkan Melayu.

Comments