
Kata Dr. Farish lagi, UMNO sengaja "Memomokan Orang Melayu bahawa mereka diancam". Walaupun pada ketika itu beberapa pemuda Melayu dari UMNO yang hadir bangkit, meminta laluan dan mencelah dan secara tegas menegur Dr. Farish yang dianggap keterlaluan dan ketelanjuran bahasa. Dr. Farish bagaimanapun tidak pula menarik balik atau meminta maaf. Dr Farish menuduh kerakyatan warga Malaysia dan konsep sistem politik Malaysia ditubuhkan secara "maya". Atas alasan itu, 'Kontrak Sosial boleh diubah semula'. Dr Farish berkata sistem politik Malaysia adalah berdasarkan menjaga kepentingan Melayu dan sebagai 'pemerintahan berpuak'. KESIMPULAN DAN REAKSI . Kepada Dr Farish, dia Melayu yang konon-kononnya pandai. Berkerja di Singapura dan menganggap kononya merekalah yang paling pandai dalam dunia ni. Bagi mereka Melayu di Malaysia amat memalukan Melayu di Singapura. Tetapi mereka buta mata dan tidak melihat penindasan kerajaan Singapura terhadap Melayu kelas pertengahan dan kelas rendah, secara lansung dan tidak lansung. Adakah kebebasan bersuara hak pembangkang. Adakah kebebasan bersuara hak sepenuhnya kaum selain dari Melayu. Tindakan Dr Farish samakan Orang Melayu macam binatang sangat celupar dan biadap. Ambil tindakan supaya forum begini yang dianjurkan oleh Bar Council tidak akan membawa kepada perpecahan kaum. Dr Farish Noor mungkin tidak pernah dapat apa-apa manfaat drpd. DEB , maka dia ada hak untuk bukan sahaja mempertikaikan perkara-perkara asas sejarah negara bahkan menghina seramai lebih 3 juta orang yang berdaftar sebagai ahli UMNO. Bukan rahsia lagi bahawa Dr Farish Noor adalah orang Anwar Ibrahim. Apa yang di suarakan oleh Dr Farish itu adalah lambang akal budinya yang walaupun telah bergelar Dr tetapi masih tidak boleh membuat pertimbangan unt memilih perkataan yang sesuai sebagai seorang yang madani. Penggunaan perkataan-perkataan menghina itu dihadapan khalayak ramai bukanlah sikap seorang yang mempunyai akal budi yang luhur walau neraca bangsa atau agama mana pun di gunakan untuk menilainya.

Comments