"Saya telah pun mencapai persepakatan dengan Najib iaitu dia tidak akan memimpin parti BN dan UMNO dalam pilihan raya akan datang iaitu ke pilihan raya ke 13"." Satu peralihan kuasa perlu diwujudkan dan sebagaimana yang dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) ia bermula dengan apa yang diumumkan hari ini iaitu serahkan jawatan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan saya pada pertengahan tahun 2010," katanya. "Saya sedikit sedih tentang hal ini tetapi saya merasakan ia satu pencapaian positif. Tindakan ini telah diterima baik kesemua lapisan pemimpin UMNO. Saya berpendapat bahawa peralihan kuasa mesti dilakukan dalam satu proses yang baik dan disenangi," ujarnya. "Tindakan saya wajar, sebelum ini pun saya telah mendapat perbagai pandangan termasuk menebus kembali kekalahan BN dalam pilihan raya lalu serta terus memimpin UMNO, Tetapi apa yang lebih penting saya mesti serahkan jawatan saya kepada Najib," ujarnya lagi. "Saya memilih beliau (Najib) kerana yakin dan percaya beliau dapat memimpin parti dengan baik dan saya dengan bantuannya akan berusaha menguatkan kembali parti dan kepada kedudukan yang lebih baik," tegasnya

Comments