Seorang lagi panelis Dr Mavis Puthucheary menuduh UMNO tidak mendapat mandat rakyat seluruh negara untuk merundingkan 'Kontrak Sosial', yang beliau dakwa sebenarnya tidak wujud dan sengaja diada-adakan untuk menentukan kuasa Melayu pada UMNO terus releven. Beliau menuduh konsep 'kongsi Kuasa' yang diamalkan Kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional membatasi prinsip pemerintahan demokrasi. Oleh itu, 'kontrak Sosial' sebenarnya tidak wujud sama sekali. KESIMPULAN DAN REAKSI. Mereka membuat andaian UMNO terlalu memberi muka, sebab itulah yang berlaku hari ini. Mereka naik tocang. Bagai kaduk naik junjung. Atas dasar kebebasan bersuara dan kerajaan telus, agenda Malaysian Malaysia diketengahkan secara berani dan celupar. Dalam pilihan raya pre merdeka (1956) PERIKATAN menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan Majoriti yang dimenengi oleh UMNO, adalah lebih dari 2/3. Kalau UMNO hendak membolot semua kuasapun boleh tetapi UMNO tidak berbuat demikian. FIKIR_FIKIR LA.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments