Skip to main content

Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan'



Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim.  Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar. 

Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir. 

Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan.  Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara. 

Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air.  Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk.  Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat.  Namun, ini tidak berlaku. 

Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya.  IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai hubungan  yang rapat dengan CIA.  Antara nama-nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam.  Selain itu, kematian pengasas IIIT iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang mengejutkan.   IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika. 

Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.  

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap, tetapi sebenarnya kerana takut. 

Ini berdasarkan perkembangan terkini mengenai kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendedahkan hubungan Anwar dengan Datuk Mat Zain Ibrahim dan juga Datuk Ghani Patail, Peguam Negara.  Selama ini, rakyat Malaysia cukup musykil dengan keputusan mahkamah dan tindakan Peguam Negara dalam menangani kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim di mana hampir semuanya memihak kepada Anwar dalam cara yang begitu ‘misteri’. 

Justeru, kenyataan Tan Sri Shafee mengenai pendedahan yang mungkin dibuatnya menyebabkan seluruh rakyat teruja manakala Anwar pula resah gelisah. 

Apapun, yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah fakta kes yang mana terdapat ‘mangsa’ yang sedang mencari keadilan.  Mangsa di dalam kes ini bukan Anwar, tetapi Saiful Bukhari.  Seperti semua mangsa-mangsa kes jenayah seksual, Saiful berhak mendapat keadilan.  Rayuan yang dikemukakan oleh pihaknya bukan bermotif politik tetapi sekadar mencari keadilan semata-mata. 

Atas dasar ini, sekurang-kurangnya, sebagai seorang manusia yang waras, Anwar seharusnya memahami bahawa beliau bukan berhadapan dengan seorang politikus, tetapi bekas pekerjanya sendiri.

Anwar boleh menuduh semua ini hanya konspirasi, tetapi sebagai seorang yang mengaku tidak bersalah, beliau harus berani berhadapan dengan mangsa di dalam mahkamah sebagai seorang lelaki sejati. 

Cerita-cerita bahawa mahkamah tidak adil tidak lagi laku pada hari ini kerana seluruh dunia telah menyaksikan bagaimana mahkamah yang sama telah melepaskan Anwar berkali-kali. 

Justeru, kenapa Anwar harus takut, mengelak dan cuba lari

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun